Salam Al Quds,
Sudah hampir 2 minggu cuti tahun 2 menuju tahun 3 dan aku masih merasakan inilah masanya sesuatu pengorbanan yang besar harus kulakukan demi Islam yang kucintai.
Biasanya masa yang menjadi ujian serta tembok untuk ku aktif dalam berjemaah serta perancangan masa depan dakwah insan di sekitar ku.
Kini aku dibentangkan dengan kelapangan masa serta dikurniakan beberapa kelebihan aset seperti kereta(milik ayahku yang boleh ku pakai kemana2), makanan yang sudah tersedia oleh ibuku tanpa ku terpaksa keluarkan duit.Juga banyaknya buku pemangkin semangat jihad di rumah serta kemudahan komputer dan internet, tidak lupa juga handset yang masih setia bersamaku.
Semua itu kemudahan serta pembantu aku dalam proses dakwah di masa cuti.
Walaupun begitu banyak kelebihan namun masih tidak dapat tidak aku diuji dengan beberapa perkara, mungkin dek kelemahan ku sendiri, namun tetap ia memberi kesan pada perancangan dakwah yang ingin aku laksanakan.
Begitulah hidup ini. hatta perkara baik manapun kita jangan anggap akan dipermudahkan segalanya kerana kadang kala Allah ingin uji sejauh mana kita ikhlas dalam menjalankan kerja2 demi menggapai redhaNya.
Siapa yang benar2 ikhlas serta tinggi semangat dan keinginannya sahaja yang mampu menahan ujian dan bala yang melanda. Yang masih boleh mencari alternatif untuk teruskan perjalanan hatta tayar sudah pancit tercucuk paku di kala perjalanan yang jauh, atau yang masih boleh mendaki di saat hujan mula turun dengan lebatnya.
Aku sebenarnya ingin berkongsi sedikit tazkirah yang ku baru baca dari buku manhaj seorang muslim namun sudah banyak yang ku tulis di sini jadi insyaAllah akan aku sambung pada post seterusnya.
No comments:
Post a Comment