gambar hiasan.tiada kaitan dengan penulis.
Sebentar tadi ku bersama keluarga menziarahi saudara yangumurnya menjejak 80 lebih. Pasangan suami isteri itu menyaksikan si suami sudah tidak lagi kenal bapaku, manakala isterinya masih kuat ingatannya.
Kuberfikir sejenak.
Itulah manusia.
Pada awalnya cergas , kuat lagi bersemangat pada awalnya kemudian sedikit demi sedikit segalanya ditarik Allah hingga apa yang kekal hanya tubuh badan yang lemah longlai mengharapkan bantuan orang lain untuk segala macam perkara.
" Dan barangsiapa yg kami panjangkan umurnya niscaya kami kembalikan dia pada awal kejadiannya. maka mengapa mereka tidak mengerti ?" surah yasin ayat 68.
ibrah
Sudah tentu andai kita sedar hidup kita ni hanya beberapa detik sahaja dan kita akan kembali pada pencipta maka kita akan bersungguh dalam memperbanyakkan amalan yang dicintai pencipta.
Amalan yang dicintai pencipta itu selain dari ibadah khusus yang ikhlas juga termasuk setiap kelakuan kita dalam 24 jam sehari. usaha kita untuk menjadi hamba Allah dalam semua urusan hidup. adakah kita sudah menjadikan Allah sasaran kita dalam setiap perkara. maknanya memperhambakan diri pada Allah semata2.
Adakah kita telah mengemblengkan segala kemampuan kita ke arah yang Allah suruh. Adakah akal dan fikiran kita menyumbang pada dunia islam dan pembaikan ummah. Adakah tubuh kita yang sihat lagi upaya ini kita gerakkan ke arah mentarbiyah insan di sekeliling serta pengislahan diri.
Sungguh masih banyak kita hutang dengan Allah. Kita masih boleh memberi sesuatu pada ummah ini.Selagi dirimu beroleh segala nikmat pancaindera dan fizikal ini maka tiada alasan unuk bertangguh, berdalih dan beralasan.
Andai umur yang muda ini kita masih bingungkan diri dengan matlamat dunia yang fana,tiada langsung saham akhirat. Andai diri masih berat berjuang di jalan Allah, tidak menggalas tanggungjawab dakwah hanya kerana alasan tiada ilmu dan masih tidak sedar diri dan peranan yang sepatut dimainkan sebagai seorang muslim, maka kita patut tanya diri kita di mana kedudukan kita andai satu hari nanti Allah lemahkan diri kita dengan penyakit tua atau nyanyuk.
Di kala itu apa lagi yang mampu disumbang pada ummah.
Di kala itu secebis ingatan pada zaman muda hanya menimbulkan sakit hati serta penyesalan!
Di kala itu insan yang benar2 mengotakan janjinya sebagai hamba Allah di muka bumi ini hanya menunggu dan menanti2 saat pertemuannya dengan kekasih yang dirinduinya sepanjang ujian dan perjuangannya di dunia ini.
konklusi
Anda ada hak memilih kehidupan mana dan kini tiada lagi masa untuk berkata2 melainkan kita mula bergerak merealisasikan niat2 kita dan janji kita demi syurga yang pasti.
Jom bergerak !
No comments:
Post a Comment