sangat sedih mengenangkan cuti yang berbaki 4 hari saja lagi.
namun terubat sedikit kesedihan itu mengenangkan perkara yang telah dilakukan sepanjang cuti ini. Walaupun tidaklah banyak atau mendekati saranan Hassan al Banna yang menyebut.
namun tetap Allah memberiku peluang memenuhi 80% objektif cutiku yang telah kurancang sebelum ini.
Apapun tujuan ku menulis pada kali ini adalah untuk aku kongsikan apa sebenarnya halangan aku dan mungkin anda di waktu cuti. Maksudku halangan yang menggagalkan sekian banyak rancangan kita buat sebelum cuti. Halangan yang membantutkan tubuh kita untuk bermanfaat pada yang lain dan halangan yang menjadikan cutii kita akhirnya cuti tidur dan makan semata-mata.
Sewaktu di universiti, kita sangat sibuk. sibuk dengan kelas,sibuk dengan persediaan ujian dan peperiksaan, assignment, buat report, buat kerja persatuan, kerja-kerja kolej dan bermacam lagi...
bila tiba masa cuti di rumah kita menjadi buntu bagaimana ingin habiskan masa.
kita tunggu bila kerja ingin datang meminta pertolongan kita.
Kita lupa bahawa cuti sebenarnya milik kita menentukan bagaimana masa itu diisi.
Maka setelah sekian lama dibiarkan tanpa sebarang usaha maka aktiviti tidur dan makan menjadi program utama dalam jadual harian kita tanpa disedari.
kita mungkin lupa yang sebenarnya andai kita gunakan sepenuhnya masa di rumah maka ia boleh menjadikan kita seorang yang hebat.
Juga , ramai yang tidak tahu bahawa tempat kita belajar bukan sekadar di universiti sahaja.
Universiti Cuti
Cuba anda selidik rak-rak buku rumah anda. Sudah pasti terdapat buku yang anda tidak tahu langsung ilmu berkaitan dengannya. Sudah tenu anda akan merasa bahawa banyaknya ilmu yang anda belum terokai dalam hidup ini.
Di kala kesibukan di universiti menghambat perjalanan kita menuntut ilmu lain selain yang kita dalami maka bukankah cuti ini masa terbaik untuk mendalaminya?
Permasalahan feqh. Anda sudah cukup tahukah andai anda seorang pelajar jurutera mekanikal?
Persoalan politik dan pemerintahan Islam. Sudah kuasaikah bidang ini wahai mahasiswa bidang seni?
Persoalan ekonomi dan perbankan. sudahkah anda terokainya wahai pelajar bahasa?
Ilmu yang menjadikan kita mulia.
Pengalaman yang menambahkan kita kematangan.
Namun harus disedari bahawa hambatan demi hambatan yang turut bersaing mengisi cuti ini sangatlah banyak termasuklah perasaan malas dan berseronok melampau .
Malas dan sifar cita-cita. tiada cita-cita dan keghairahan dalam menghidupkan cuti itu. kalau boleh mahu aja tidur makan sepanjang hari.
Mungkin anda pernah terdengar " ternak lemak " dan sebagainya.
Sudah tentu itu semua menjadi penghancur kepada cuti yang telah anda rancangkan.
Kesimpulan
Usahlah dibiarkan cuti itu berlalu agaikan angin yang meniup bak sepoi-sepoi bahasa. Biarkanlah universiti cuti ini membentuk kita menjadi pemuda yang arif berkaitan pelbagai lapangan ilmu di dunia ini.Terutama sekali kita ini masih muda yang cergas berfikir dan bertindak.
Lakukanlah sesuatu agar kita dapat bina sesuatu sepanjang cuti ini.
Sama-samalah kita mengabiskan cuti dengan membawa segulung ijazah , samada ijazah ekonomi(baca satu buku ekonomi) , ijazah feqh, ijazah politik dan sebagainya sekembalinya kita ke universiti kelak....
Agar kita tidak hanya menjadi pemuda yang hanya tahu satu perkara sahaja namun jahil perkara lain.
No comments:
Post a Comment