Monday, July 23, 2012

Ghuraba'

Setelah membaca sedikit post arwah kak zarina tardan membuatkan aku bersemangat menulis kembali di sini.

Mungkin aku boleh kongsi sedikit pengalaman kudapati sepanjang 2 minggu pelajar clinical fakulti perubatan ni.

Buat masa ni terasa agak berat, dengan pelbagai tugasan presentation ditambah dengan program EMI yang tidak kurangnya di bulan Ramadhan ini.

Ramadhan kini hari yang ke-3 namun ku masih belum menyemai benih yang ingin ku semai di akhir bulan ini lagi.

Terasa kadang kala jauh dari Tuhan. Sedangkan diri ini memegang amanah besar yakni ketua, dan tugas itu tak lain tak bukan mengajak sahabat dan masyarakat kepada Allah.

Sememangnya aku rasa pening dan keliru dengan diriku sendiri kadang-kadang.

Aku kini bersama rakan-rakan sekelas yang majoritinya perempuan. Kadangkala aku tidak tahu adakah patut aku bersama bergurau senda sebagaimana sahabat lelaki yang lain. Sudah tentu kita sebagai kaum Adam ada batasannya bilamana bergaul dengan kaum Hawa.

Mungkin inilah yang dikenali ghuraba'.

Tidak mudah kita mengekalkan diri kita seperti ikan yang tetap tidak masin di laut yang masin. Memang pada awalnya boleh namun sedikit demi sedikit andai tiada dibina benteng iman yang kukuh kita bisa saja terheret ke lembah maksiat dan dosa.

Akan terdengar bisikan syaitan mengajak kita sedikit dan sedikit kepada sifat tidak malu dan kesudahannya kita semakin lalai.

Benarlah sabda baginda berkaitan malu dalam hadis arbain.

Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAWtelah bersabda:Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik olehmanusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)

Moga Allah berikan daku kekuatan mengharungi kekeliruan ini.

Moga Allah jelaskan dan tetapkan pendirianku untuk terus menerus bangga menjadi seorang Muslim.

No comments:

Post a Comment