“Berkerjalah untuk kematian yang mulia, nescaya kamu akan berjaya dengan kebahagiaan sepenuhnya. Moga Allah mengurniakan kepada kami dan kamu kemuliaan mati syahid di jalan-Nya.” (As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)
Thursday, June 28, 2012
kehidupan mana yang kau mahu?
Dalam hidup ini kita inginkan sangat kehidupan kita itu yang paling diredhai Allah swt. Kita walaupun kadangkala terlajak melakukan larangan Allah kemudian bertaubat pun, sebenarnya benci pada keterlanjuran itu dan sangat inginkan syurga Allah.
Maka dalam kita kata inginkan redha Allah sebagai matlamat utama hidup maka kita mesti memiliki kehidupan seorang pejuang.
hidup seorang pejuang yang bagaimana ya?
Hidupku matiku hanya untuk ALlah semaata-mata
Dalam dunia ini akan kita bertemu pelbagai ragam manusia. kita akan berjumpa orang yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agama Allah ini . Mereka sungguh-sungguh menghidupkan 24 jam dalam perkara yang bermanfaat dan yang dapat menyumbang sesuatu kepada ummat. Siang hingga malam mereka tidak berehat. kadangkala kepenatan yang amat sangat memaksa mata mereka terlelap tanpa langsung disedari . kalau boleh mereka tidak akan membiarkan masa kosong berlalu begitu saja melainkan akan diisi dengan bacaan buku, hafalan quran ataupun perkara yang bermanfaat.
segalanya indah dalam hidup mereka.
mereka tatkala ditimpa musibah mereka sedar itu dari Allah untuk diampunkan dosanya. mereka merasa gembira kerana memahami bahawa sebenarnya itu tanda Allah cinta padanya dan tidak ingin membiarkannya sunyi dari rintihan taubat dan sering menyedari hakikat kelemahan dirinya hanya seorang hamba Allah.
bilamana dikurniakan nikmat dia bersyukur dan berwaspada betapa besarnya kurniaan dan rahmatNya pada hambanya.. Segala yang dikecapinya akan diiringi dengan " innalhamdulillah " yakni segalanya darimu ya Allah.
Dia juga sedar bahawa musuh juga merancang sesuatu. musuh sentiasa meneliti setiap gerak gerinya. Namun dia tidak sedikit pun gentar kerana padanya penelitian yang layak dia takut hanyalah dari ALlah semata-mata.
Dia tidak risau kehilangan kerja kerana dia sangat yakin bahawa tuhannya sahajalah yang menetapkan rezeki bagi hambanya.
Dia sering dengar kisah hidup hamba Allah lain yang berjuang hingga syahid. Maka itu sering menjadi pendorong baginya untuk meneruskan perjuangannya walaupun di saat-saat berat.
Setelah berkeluarga pula tidak langsung luntur semanagat yang dimilikinya sewaktu bergelar pelajar malah semakin teguh dan lancar gerakannya setelah dibantu sang isteri yang turut memiliki jiwa pejuang.
Hatta tatkala umur sudah lanjut pun gerakannya tidak dibantut oleh kelemahan fizikalnya. Andai kakinya sudah lemah untuk berjalan akan dia gunakan tongkat untuk kemana-mana.
Segala arahan dari kepimpinan (yang berjuang untuk Islam itu) diturutinya semaksima yang boleh tanpa mengenal usianya yang sudah pun lanjut.
Apa yang dia inginkan adalah mati dalam kenikmatan iman. Biarlah dia mati dalam keadaan sedang menegakkan bendera sekalipun. Biarlah dia mati sewaktu sedang dalam kerja perjuangan ini.
Inilah orang-orang yang yakin akan pertemuan dengan Sang Penciptanya.
Kedua, adalah jenis orang yang tidak ada matlamat redha Allah dalam hidupnya. Dia hanya lakukan kerja-kerja yang mudah sahaja baginya. baginya buat apa bersusah payah dalam agama Allah ni. cukuplah dengan bersolat 5 waktu sehari semalam. cukuplah masa bagi agama ini bila ada masa lapang di hujung minggu.
Dia merasa sudah cukup dengan solat, zakat dan puasanya untuk mendapat syurga Allah tu.
Dia mungkin belum mendengar atau kalau sudah dengar pun belum menghayati firman Allah dalam ayat 111 surah at taubah.
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan Syurga
Kesimpulan
Tidak hairanlah jika kita lihat ada orang yang sangat pantang duduk diam. mesti dia akan ke hulu hilir mencari kerja untuk dibuat bagi membantu jemaah islam ini. Manakala di saat yang sama kita lihat seseorang itu ke hulu hilir dalam keadaan bingung tentang masa depannya.
Maka sangat berbeza apabila seseorang itu berkata aku seorang muslim sedangkan dia langsung tidak berjuang dengan seorang lagi yang seluruh hidupnya digunakan untuk Islam.
Maka pilihlah kehidupan yang lebih yakin masa depan akhiratnya wahai pembaca sekalian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment