“Berkerjalah untuk kematian yang mulia, nescaya kamu akan berjaya dengan kebahagiaan sepenuhnya. Moga Allah mengurniakan kepada kami dan kamu kemuliaan mati syahid di jalan-Nya.” (As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)
Saturday, May 30, 2009
Di UM
Baru hari ini kami pelajar baru asasi bebas bergerak dan ada yang pulang bagi yang dekat ,ada yang keluar ke shopping kompleks berdekatan, ada juga yang mengambil kesempatan ini untuk menggantikan semula masa tidur mereka yang ' dikorbankan ' sepanjang minggu haluansiswa.Hari ini saya bersama dua orang teman pergi ke perpustakaan lebih kurang 8 minit perjalanan,dan alhamdulillah terdapat perkhidmatan internet di sana.Kami berasa ' excited ' dan ternanti-nanti bagaimana agaknya suasana kuliah kami yang pertama isnin nanti.........
Tuesday, May 19, 2009
Zakir Naik pengganti Ahmed Deedat


A medical doctor by professional training, Dr. Zakir Naik is renowed as a dynamic international orator on Islam and Comparative Religion. Dr. Zakir Naik clarifies Islamic viewpoints and clears misconceptions about Islam, using the Qur’an, authentic Hadith and other religious Scriptures as a basis, in conjunction with reason, logic and scientific facts. He is 43 years old.
Dr. Zakir is popular for his critical analysis and convincing answers to challenging questions posed by audiences after his public talks. In the last 6 years (by the year 2002), Dr. Zakir Naik has delivered more than 1000 public talks in the U.S.A., Canada, U.K., Saudi Arabia, U.A.E., Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, South Africa, Italy, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapore, Hongkong, Thailand, Guyana (South America), Trinidad and many other countries, in addition to numerous public talks in India.
He has successfully participated in several symposia and dialogues with prominent personalities of other faiths. His public dialogue with Dr. William Campbell (of USA), on the topic, “The Qur’an and the Bible in the light of Science” held in city of Chicago, U.S.A., on April 1, 2000 was a resounding success.
Sheikh Ahmed Deedat, the world famous orator on Islam and Comparative Religion, who had called Dr. Zakir, “Deedat plus” in 1994, presented a plaque in May 2000 awarded to Dr. Zakir Abdul-Karim Naik for his achievement in the field of Da’wah and the study of Comparative Religion with the engraving “Son what you have done in 4 years had taken me 40 years to accomplish, Alhamdullilah.”
Dr. Zakir Naik appears regularly on many international T.V. Channels in more than 100 countries of the world. He is regularly invited for T.V. and Radio interviews. More than a hundred of his talks, dialogues, debates and symposia are available on VCDs and DVDs. He has authored books on Islam and Comparative Religion.
Sunday, May 10, 2009
Indahnye hidup dalam tarbiyyah
Bukan semua orang berpeluang merasai tarbiyyah.aku masih ingat satu masa dahulu sewaktu aku masih belum mengerti apa itu tarbiyyah..halaqah...usrah...perjuangan dalam hidupku di waktu itu hanyalah untuk sekadar memuaskan hati ,perut dan orang sekeliling...alhamdulillah tarbiyah yang aku dapat dari da'e - da'e telah mengubah sedikit sebanyak hidupku.rupa-rupanya hidup ni ada matamat..kite bukan hidup 11 tahun di sekolah masuk universiti kahwin kerje pastu baru teringat 'o sikit lagi aku akan bertemu ngan tuhan ni,aku nak jugak masuk syurga. waktu tu dah terlambat.Tenaga pun dah habis, badan pun dah macam-macam penyakit, semangat kureng.ape nak jadi jadilah,,,,
Cubelah bayangkan nasib seseorang itu di akhirat kalau di dunia segala syariat allah ,tak perlu ambil semua lah separuh je dia tinggalkan.aurat tak jaga,pakai baju ketat..asyik nak ber'awek' je malas belajar duduk rumah buang mase,lepak hisap rokok...
sebaliknye bayangkan hidup kite penuh dengan azam usaha untuk mensyariatkan islam di muka bumi..buat diskusi agama atau usrah.....bantu rakan dalam akademik,mase tu diisi dengan menambah ilmu, pengaruh baik pada kawan,sentiasa berusaha berada di jalan yang lurus,jika di universiti pula cuba menghidupkan komuniti muslim..selitkan nilai islam seperti tutup aurat,dialog perdebatan sihat...jika dapat kuasa ambil peluang itu untuk betulkan ape yang salah..
Sunday, April 12, 2009
Obesiti: Punca dan Pencegahan
Obesiti: Punca dan Pencegahan
www.iluvislam.com
dihantar oleh : wanais
editor : n13@m
Obesiti merupakan antara faktor utama penyumbang kepada masalah sakit jantung, tekanan darah tinggi, hiperlipidemia (tinggi kandungan kolesterol dalam darah), kencing manis dan sebagainya. Obesiti merupakan masalah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan manusia. Secara umumnya obesiti dikenali oleh masyarakat sebagai masalah kegemukan atau berlebihan berat badan. Setiap kita yang sihat adalah berisiko untuk gemuk jika tiada inisiatif diri untuk menjaga dan mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal.
Bagaimana obesiti bermula?
Obesiti bermula daripada pengambilan tenaga (dari sumber makanan) melebihi keperluan tubuh individu tersebut dalam tempoh masa tertentu, diiringi dengan kurang aktiviti fizikal.
Namun terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada gejala obesiti, iaitu:
a) Genetik – Anak-anak berisiko untuk obes sekiranya ibu bapa mereka begitu.
b) Diet tidak seimbang (tinggi lemak dan gula)
c) Makan secara berlebihan
d) Gaya hidup kurang aktif (kurang atau tiada aktiviti fizikal)
e) Tekanan emosi (menyumbang kepada makan berlebihan)
f) Ubat-ubatan (bergantung kepada kesan sampingan sesetengah ubat, tidak semua jenis ubat-ubatan)
Obesiti boleh dicegah dengan:
a) Mengamalkan pemakanan yang seimbang, sederhana dan pelbagai.Makanlah makanan yang terdiri daripada bijirin (roti, nasi, mee, bihun), buah-buahan, sayur-sayuran, daging/ikan/ayam dan produk tenusu.Makanan yang pelbagai akan menyumbangkan kombinasi nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita.Makan mengikut keperluan sahaja (jangan terlebih makan dan berhenti sebelum kenyang).Kurangkan makanan tinggi lemak (bergoreng, bersantan, digalakkan susu rendah lemak).Kurangkan makanan tinggi gula (air manis, kuih-muih, air tin, gula) Apabila kita tahu cara pemakanan yang betul, ini memudahkan kita untuk memasak di rumah atau memilih makanan yang sihat jika makan di luar.
b) Amalkan sarapan pagi setiap hari,untuk memulakan hari yang baik, ceria dan berfikiran cerdas, kita memerlukan tenaga yang mencukupi.Makan makanan yang tinggi serat (fiber), bijirin penuh serta kaya dengan protein (susu) untuk meningkatkan metabolisme kita.Pastikan kita ada waktu untuk bersarapan, ini dapat mengelakkan gejala pengambilan makanan yang berlebihan waktu makan tengah hari kerana lapar.
c) Kekalkan berat badan yang sihat.Ini dapat mencegah risiko untuk mendapat penyakit kronik dan hidup dengan baik. Sebaiknya digalakkan untuk kita membeli penimbang berat dan mengukur berat setiap sekali seminggu atau sekali sebulan untuk mengetahui perkembangan berat badan. Jika diukur setiap hari, ini tidak begitu praktikal kerana pertambahan atau pengurangan berat badan mengmbil masa tertentu untuk berubah.
d) Tingkatkan aktiviti harian.Kita perlu aktif untuk kekalkan fungsi tubuh yang baik, kekal sihat dan ceria.
Soalan yang biasa menjadi perbualan kita: Saya tidak gemuk, jadi saya tidak perlu bersenam. Perlu diketahui, bersenam bukanlah untuk menurunkan berat badan sahaja, tetapi untuk membaiki peredaran darah, menguatkan jantung dan meningkatkan tahap kecergasan kita.
Tips untuk mengurangkan keinginan makan bagi mereka yang obesiti:
a) Makan secara perlahan untuk setiap kunyahan
b) Guna pinggan atau mangkuk yang lebih kecil
c) Mulakan dengan kuantiti yang kecil semasa makan
d) Makan makanan yang lebih tinggi kandungan air dan minum air dahulu sebelum makan (sup sayur, buah-buahan, air kosong)
e) Makan di tempat tertentu sahaja (elakkan di depan tv @ semasa bekerja)
f) Makan pada masa yang tetap
g) Tidak meninggalkan sarapan kerana ini akan menyebabkan pengambilan makanan yang lebih banyak pada masa tengahari
h) Amalkan snek sihat seperti buah-buahan
i) Kurangkan kekerapan makan di luar dan hadkan duit yang dibawa ketika keluar
j) Atasi tekanan/masalah dengan sebaiknya.
Oleh itu, makanlah dengan sihat untuk menikmati hidup yang lebih berkualiti. Bukankah kita tahu mencegah adalah lebih baik daripada merawat! Adakah kita dalam proses mencegah diri daripada segala penyakit kronik dan masalah kesihatan lain? Jika belum, marilah kita mengamalkan pemakanan sihat dan meningkatkan aktiviti fizikal untuk kebahagian diri dan orang sekeliling.
Kita sihat, masyarakat sihat, pasti semua boleh berkerja dan menjalani hidup yang berkualiti. Mari kita mensyukuri nikmat kesihatan yang diberkan oleh Allah s.w.t, mari kita bersama menjaga nikmat kesihatan ini
Hari ni 12 april 2009
aku tertarik dengan subjek biologi yang diajar guruku sewaktu di sekolah...aku seronok dapat tahu ke mana perginya makanan yang aku makan...
nyawa manusia menjadi perkara paling bermakna,kerana tanpa nyawa aku tidak berpeluang merasai seronok kehidupan sekarang,tidak berpeluang diuji untuk masuk syurga dan selamatkan diri dari neraka....kesihatan juga penting.bayangkan anda skrg sdg terlantar atas katil, menunggu bila agaknya nak sembuh...dah la macam2 nak dibereskan ni!Aaaa kan sedang kalau aku dapat berjalan pergi jamban sendiri...nak tahajud tengah malam pun susah.
Memang menjadi doktor tak semestinye semua penyakit dapat kite bantu tapi sesuatu dapat dilakukan.at least mamat tu dapat hidup dengan lebih sempurna...
lagipun manusia ni sering berhadapan dengan kesakitan..