Tuesday, August 28, 2012

Erti satu hari


Jarang sekali kita memikirkan nikmatnya dapat hidup dalam satu hari. Malah masa terus berlalu, hari demi hari, ratusan hari malah hingga mencecah ribuan hari yang berlalu tanpa kita sedari...

Sangat sikit di kalangan manusia ini yang menghargai nilai sehari itu.

Bagi yang bekerja maka dilalui harinya dengan menunggu bila dapatnya gaji. Dia mungkin merungut bilamana gajinya itu sedikit namun tidak pernah difikirkannya betapa sebulan yang sudah berlalu itu dia telah kerugian sesuatu yang jauh lebih besar yakni tidak langsung menggunakan 30 harinya itu dengan sebaiknya...

Mengapa saya katakan ia satu nikmat malah satu tawaran hebat bagi seluruh manusia dan sangat rugi mereka yang tidak memikirkan kelebihannya?

Kerana dalam masa satu hari seorang insan mampu berubah menjadi insan yang lebih baik.

Dalam satu hari seorang pendakwah mampu memberi pengisian di 3 tempat berbeza.

Dalam masa sehari juga , masa depan sebuah negara ditentukan iaitu melalui pilihanraya.

Apa yang saya ingin sampaikan sebenarnya adalah begitu berharganya nilai sehari itu sekiranya kita benar-benar menghayatinya.

Bayangkan esok adalah hari terakhir anda hidup maka bermacam-macam perkara yang anda akan buat hingga anda dan saya pasti akan menyesal betapa ruginya hari-hari sebelum ini yang telah dipandang ringan dan disia-siakan.

Begitulah dalam kehidupan harian kita. Tatkala sebelum tidur kita akan mengenang segala aktiviti hari tersebut dan bertanya apakah yang telah kulakukan hari ini.

Jangan terkejut sekiranya ada yang jawab sebegini

aku hanya sempat makan,tidur dan berchatting perkara tidak perlu di Facebook. maka berlalu begitu sahaja harinya tanpa sebarang penambah baikan pada dirinya..

Kesimpulan

Pandai-pandailah kita dalam menghargai sebuah kehidupan dengan cara kita menghargai hari-hari yang berlalu. Usah dihiraukan hari-hari sebelum ini yang mungkin banyak diisi dengan perkara sia-sia. Tumpukan pada hari berikut dan fikirkanlah bagaimana satu hari itu dapat dimanfaatkan betul-betul agar kita mampu menjadi salah satu penyumbang pada ummah bukan sebaliknya.

No comments:

Post a Comment