Monday, August 27, 2012

Musuh meneliti gerak langkahmu


Dalam kita berseronok dan berhibur di hari perayaan ini usahlah kita lupa bahawa kita ini sebenarnya seorang pejuang Allah. Bahawa musuh sentiasa menyusun strategi mencari jalan melemahkan kita.

Menanti saat tatkala kita benar-benar leka maka terus saja pakatan musuh melancarkan serangannya dalam bentuk yang sangat halus hinggakan kta sendiri tidak merasakan sebarang bahaya di situ.

Hari ini kita sebagai seorang Muslim harus sangat-sangat hati-hati. Perancangan batil yang tersusun bisa mengalahkan perancangan kebenaran yang tidak tersusun.

Maka di sini setiap muslim wajib memahami peranan mereka dan serangan yang bakal mereka lalui agar tidak mudah tewas dan akhirnya menjadi pembantu secara tidak sedar dalam menjayakan rancangan musuh.\

Bagaimana mungkin kita boleh membantu musuh??

Anda sendiri lihat siapa yang sebenarnya menjayakan segala rancangan hiburan melampau di medium televisyen misalnya kalau bukan orang melayu islam.

Siapakah yang membenarkan penubuhan pusat-pusat judi dan disko 24 jam atas alasan pelancongan kalau bukan menteri dan pemimpin Islam juga.

Anda sendiri dapat lihat bagaimana keadaan kini sudah terang-terangan menunjukkan kita umat islam membantu musuh dalam merosakkan generasi hari ini , maka kroniknya keadaan ini memerlukan kita untuk tidak boleh duduk diam..

Mana mungkin kita boleh biarkan satu hari nanti adik-adik kita terlibat dalam kes dadah akibat mangsa racun serangan musuh. Anak-anak kita mula melawan kita kerana sahabatnya yang lain semuanya berperangai sedemikian.BAnyak lagi akhlak teruk yang menular disebabkan kealpaan kita dalam memahami teknik musuh ini.

Usah toleh kiri dan kanan namun tepuk dada tanya iman.

Apa yang telah kulakukan setakat ini.adakah aku di kalangan yang suka beralasan seperti ini:

La bang rileks la.. aktiviti main game, berpasangan, bergosip dan tidak hiraukan masalah ummat sudah mendarah daging dalam tubuh kami.benda-benda begini lagi best..

Mampukah kita biarkan saudara seakidah di Myanmar, di Syria diragut nyawa, diratah tubuhnya tanpa langsung sedikit pun usaha kita untuk membantu.

Mampukah kita biarkan peluang keamanan, tubuh badan sihat dan kuat, masa yang lapang ini tanpa melakukan aktiviti perbaiki diri seterusnya menyumbang sesuatu pada ummat..

Kesimpulan

Sekiranya kita masih rasa bukan tanggungjawab kita mempersiapkan masyarakat dengan benteng keimanan yang kukuh maka tunggulah saatnya di mana tiada lagi guna penyesalan, yakni hari akhirat setelah ditanya Alah akan amalan kita di waktu muda

Ataupun di dunia lagi telah kita lihat kesannya..

Maka sangat untunglah para pemuda yang sudah sedar akan peranannya dalam ummah hari ini, dia rela bergelar ghuraba@asing dan tidak lena tidurnya dalam memikirkan hal ummah.

Maka sekali lagi, pilihan anda. Bertindak atau sebaliknya...


No comments:

Post a Comment