“Berkerjalah untuk kematian yang mulia, nescaya kamu akan berjaya dengan kebahagiaan sepenuhnya. Moga Allah mengurniakan kepada kami dan kamu kemuliaan mati syahid di jalan-Nya.” (As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)
Tuesday, August 28, 2012
PERSEPSI PALSU
Adakalanya kita lebih terpengaruh dengan persepsi dari segalanya.
Saya bagi contoh isu penindasan umat Islam di Rohingya dan Syria. Bilamana kita terdengar cerita sahabat-sahabat di facebook yang mengatakan mereka di sana sedang teruk diseksa dan sebagainya namun semua itu lama kelamaan seolah tidak membekas di hati seolah wujud perasaan mual dan tidak kisah.
Tidak langsung rasa terpanggil melakukan sesuatu demi membantu mereka.
Tidak langsung rasa bersalah duduk diam dan bermewah dengan keadaan di negara sendiri.
Kenapa kita kadang-kadang tergamam melakukan sedemikian , wahai pembaca sekalian?
kuasa persepsi
Persepsi kata usah bimbang.
Kadang2 persepsi kita mengatakan " oh buat apa dirisau lagi mereka sudah ok"
Ok, saya bagi anda satu analogi biar mudah untuk kita semua faham.
Adik saya tidak mahu ke sekolah pagi ini. kerana apa? kerana dikatakan sahabat sebelahnya di kelas sering mencubitnya. Maka pada awalnya saya percaya dan simpati terhadap adik saya ini. namun tidak lama selepas itu ibuku pula memberitahu bahawa adikku ini memang sengaja memberi alasan sebenarnya dia malas mahu ke sekolah. Maka saya akan mula meragui niat ikhlas baik adik saya itu yang sememangnya tidak mahu ke sekolah akibat kawannya dan saya terus bertegas dengannya untuk tetap pergi ke sekolah marah mula memarahinya.
Maka sudah tentu yang sama berlaku terhadap keluarga kita di Syria dan Rohingya. Tatkala terdengar penyeksaan demi pembantaian maka tiba-tiba ada suara sumbang menyatakan mereka itulah sebenarnya yang suka buat perangai dan mencetuskan masalah. Juga dikatakan mereka sudah terbiasa dengan keadaan susah. Dan bermacam lagi andaian yang mengubah persepsi saya terhadap mereka.
Maka terus sahaja kekuatan persepsi itu menyebabkan diri saya bertambah tidak kisah dan ambik peduli jauh sekali. Terus hilang semangat seakidah dan ukhuwahfillah yang tertanam di hati.
Malah hari terus berlalu, bedilan bom seolah tidak akan berakhir ,tangisan dan gambar kanak-kanak yang menjadi mangsa letupan bom terus sahaja menjadi perbualan utama di facebook dan sebagainya. Namun itu semua sudah tidak menghairankan diriku tatkala dilitupi dengan persangkaan atau persepsi palsu mengatakan mereka tidak layak ditolong.
Maka sebab itulah saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai persepsi palsu dan salah yang telah menular di kalangan umat Islam kini sehingga hilang air mata dan semangat ukhuwah di kalangan kita. Hingga hati kita kering dari memperjuangkan nasib saudara seakidah kita ini.
Maka akhirnya berterusanlah kita dalam kesibukan urusan kita di sini tanpa sedikitpun rasa terpanggil untuk memikirkan jauh sekali menghulurkan sebarang bentuk bantuan ke sana.
Namun hakikatnya ini hanyalah salah satu dari sekian banyak lagi faktor yang saya fikir bisa menyebabkan kita jadi manusia tidak peduli. Yang menyebabkan kita berat sekali mengerahkan sepenuh daya usaha dan tenaga membantu mereka di sana.
Kesimpulan
Andaikata berterusannya kita di dalam persepsi dan andaian palsu bahawa mereka memang ditakdirkan begini atau mereka akan selamat tidak lama lagi, maka cepat2lah kita ubah persepsi itu sebelum kita juga menjadi manusia ignorance.
Binalah persepsi baru yang mengatakan mereka itu manusia juga sama seperti kita di Malaysia ini, mereka solat, mereka baca Quran, mereka juga perlukan makan dan minuman, hak keamanan untuk keluar ke pasar, ke sekolah ke mana2 sahaja mereka inginkan.
Tidak mungkin keadaan mereka akan bisa pulih kepada sedia kala seandainya kita hanya berduduk diam.
Mereka saudara kita yang setiap satu mereka adalah ummat Nabi Muhammad saw yang dicintai baginda. Sekiranya kita mencintai baginda semestinya juga kita cintai mereka saudara seakidah kita ini.
Bermula dari sekarang marilah kita sama2 buang jauh2 perasaan tidak pedulisme yang lahir dari persepsi palsu semata-mata dan mulalah menuju ke arah realiti kehidupan yang sebenar bahawa mereka sedang menghadapi ujian sangat dasyat. Bahawa tekanan yang mereka terima tidak layak diterima oleh mana-mana manusia di muka bumi ini dan bahawa satu hari nanti tidak mustahil perkara yang sama boleh berlaku terhadap negara kita juga. Maka waktu itu apakah kita masih mahu jadi insan tidak peduli??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment