Tuesday, August 21, 2012

Mustahilkah kau kan berubah?

gambar penulis 15 tahun lalu di Cranfield


Kadangkala kita dapat rasakan satu perubahan besar pada seseorang setelah sekian lama tidak bertemu dengannya.

Ada yang berubah dari buruk ke arah yang lebih baik.

Namun tidak sedikit juga yang sebaliknya.

Kebetulan semalam ku temui seorang sahabat sekolahku yang dahulunya digelar ustaz(mungkin kerana songkok yang tak lekang dari kepalanya) namun baru2 ni ku temuinya sedang dalam keadaan selambanya menghisap rokok.

Ada yang dahulunya kaki samseng, ponteng, rempit dan sebagainya namun kini berubah menjadi pemuda yang lebih disiplin dan jauh lebih baik.

Hatta penulis sendiri dapat rasakan perbezaan besar berlaku dalam kehidupan penulis dalam 10 tahun yang terakhir ini.

Mutakhir ini bapa saudaraku ada menyebut..

"Budak2 lelaki ni senang berubah. Ada yang 360 darjah berubah terus terutama selepas kahwin.."

Namun kadang2 kita persoalkan diri kita ...

"Adakah aku akan berubah lagi selepas ini ??..."


Adakah aku mampu konsisten?

Kenikmatan hidup ini bilamana kita menjumpai tujuan hidup kita yang sebenar, bilamana matlamatnya semakin jelas, dan jalan ke arah matlamat itu pun sudah ditemui.

Kita memang tidak boleh lari dari kemngkinan yang kita akan berubah satu hari nanti terutamanya dalam tempoh usia kita menginjak dewasa ini.

Tidak sah sekiranya kehidupan itu senang dan mudah sahaja. Pasti akan hadir saat dan ketika Allah uji kita. Allah akan tapis benar2 siapa yang ikhlas dalam memperjuangkan agamaNya ini.

Sungguh rugi bagi yang telah mengecapi nikmat hidup sebagai pejuang agama Allah namun setelah itu tewas dalam ujian dan seterusnya mengubah hidupnya.

Perubahan itu pilihanmu wahai hamba Allah..

Namun usahlah bersedih dan risau wahai insan fakir yang mahukan istiqomah di jalan kebenaran ini.

Hatta murabbi kita Rasulullah saw sendiri seringkali berdoa agar Allah yang Maha membolak balikkan hati ini agar tetapkanlah dirinya dalam iman.Maga siapalah kita ini insan faqir.

Namun seandainya kita persiapkan diri kita sungguh-sungguh dengan ilmu dan amalan dengan penuh iltizam,semangat dan ikhlas maka kita akan jadi seorang pejuang yang berani berhadapan dengan apa jua rintangan.

Datanglah ujian sedasyat ombak tsunami manapun maka sudah pasti kita mampu mengharunginya.

Berpegang teguhlah dengan janji Allah bahawa barangsiapa yang hidupnya dalam lingkungan membantu agamaNya maka kita kan dibantu olehNya.

Namun kita tak boleh lupa bahawa sekian ramai insan telah diuji oleh Allah di atas jalan kebaikan dan kebenaran ini.

Anda sendiri kan terkejut mana mungkin seorang tok guru yang beratus anak murid pun yang juga sudah memegang amanah begitu besar namun masih boleh tewas dikala ujian menerpa. Maka di mana kita mahu letakkan diri kita ini yang jauh lagi faqir.

Maka sebab itu sangat penting bagi kita sentiasa menyiapkan diri kita dengan ilmu memperbaiki diri. Tiada istilah sudah sempurna dalam kamus hidup kita. Selagi nyawa masih berdenyut selagi itulah tidak patut kita berdiam diri, berpuas hati dengan keadaan sedia ada.

Hatta bilamana kita sudah menuntut ilmu bertahun lamanya dari seorang ulama faqih manapun, tetap kita perlu serahkan segala kelebihan pada Allah dan kita berterusan dalam kehausan mengislahkan@membaiki diri kita dalam segala aspek kehidupan .

Kesimpulan

Banyakkanlah menyibukkan diri dengan tugasan dakwah yang bermanfaat pada diri dan ummah. Usah disibukkan dengan perkara yang tidak ada langsung sumbangan pada dakwah ini.

Semoga kita mampu tersenyum tenang menunggu saat akhir sebelum pertemuan kita dengan kekasih Pencipta kita.

kerana apa wahai sahabat2..

kerana kita telah benar2 melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hambaNya di muka bumi ini dan kita telah benar2 mengorbankan segala yang termampu atas jalan kebenaran ini..


No comments:

Post a Comment