Monday, September 19, 2011

AWAS!! HIV

Tahukah kita semua akan apa itu HIV. Human Immunodeficiency Virus ini sejenis makhluk yang sangat halus tidak nampak dek mata kasar, namun serangannya terhadap sistem pertahanan badan yakni melumpuhkan CD-4 T-helper cell, menyebabkan badan kita lemah.

Hanya sedikit serangan bakteria atau virus sudah cukup menjadikan bertambah parah.

Penyakitnya dikenali sebagai AIDS. Acquired Immune Deficiency Syndrome ini telah dikenali dunia pada tahun 1981 di USA.

Namun pembawanya yakni HIV telah wujud di Afrika seawal 1950an dan menjadi pemangsa kepada 42 juta orang setakat yang direkodkan hingga tahun 2002.

Sebenarnya HIV sendiri terbahagi pada beberapa lagi jenis yang spesifik pada negara2 tertentu, namun disebabkan manusia kini yang sering bergerak dan melancong ke serata dunia menyebabkan wujudnya viral recombination events yang dikenali CRF , circulating recombinant forms yakni lebih banyak lagi jenis HIV wujud.

3.1 juta manusia mati disebabkan oleh HIV pada tahun 2002.

Sangat menyedihkan dimana kehidupan itu seolah tiada makna pada diri juga masyarakat.

Inilah kerja Syaitan serta pembantunya dikalangan manusia yang tidak henti2 memesongkan hamba Allah dari terus mentaatiNya.

InsyaAllah pada masa akan datang akan saya sambung berkaitan penyakit ini.moga istiqomah dalam dakwah lillahitaala!!

2 comments:

  1. Teringat cerita pesakit AIDS Melayu yg tak dibantu oleh masyarakat Islam (termasuk jabatan agama) lalu berteduh di sebuah gereja. Sedih kerana umat Islam yg kurang ehsan berbanding penganut agama lain.

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya tidak boleh pandang serong semua pesakit AIDS. Ada yang jadi mangsa keadaan contohnya yang terlibat seks bebas si suami, tapi si isteri pulak yang tanggung derita bersama.

    ReplyDelete