Pada kali ini saya ingin memuhasabahkan diri ini.
Sudah sekian lama masa itu diuji, keimanan itu diuji, bahkan segalanya di dunia ini diuji.
Maka bagi yang Allah kurniakan kekuatan itu maka ujian itu menambahkan keimanannya.
Namun bagi yang mengharapkan senang sahaja di dunia ini maka dia akan futur malah adakalanya bertambah jauh dari mengenali Penciptanya.
Isu yang ingin dibawa kini berkaitan dengan pentingnya kebaikan terus menerus itu menjadi hobi kita.
Maksud saya tidak kira sibuk mana pun senang mana pun tetap kita meneruskan kebaikan yang kita lakukan itu.
Saya tertarik dengan seorang akh yang tidak putus-putus mengisi blognya dengan ibrah dan pengajaran hidup.
Dia pernah mengingatkan ku agar tetap terus melakukan kebaikan walau kadang kala tidak nampak hasilnya secara langsung. Tapi daripada terus meninggalkan kebaikan tersebut lebih baik kita lakukan saja kerana amalan yang sedikit itulah kadangkala menyebabkan diri kita terbiasa dengan kebaikan dan mula menyempitkan ruang kejahatan untuk menguasai diri kita.
Jangan mengalah hatta sekali !
Inilah penyakit yang harus kita awasi. Saya bagi contoh dalam penulisan blog. Andaikata rasa jemu dek kerana asyik menulis perkara yang lebih kurang sama maka ambillah kesempatan ini menulis sesuatu yang berbeza asalkan tidak lari dari objektif sebenar dan masih boleh memberi manfaat pada pembaca.
Misalnya , buatlah sedikit catatan mengenai hadis pertama yang dikumpul Imam Nawawi. Carilah pelbagai sumber sahih yang lain bagi menghuraikannya. Bukankah ini dapat menambah pengetahuanmu agar kelak berguna di waktu program Daurah misalnya.
Bilamana perasaan malas dan lemah mula menular maka ini mungkin warning dari Allah. Mungkin menyuruh agar kita meluruskan niat kita semula semata-mata mengajak masyarakat kepada Allah. Bukannya inginkan pujian manusia lain.
Atau munkin sebagai peringatan bahawa kita telah menulis namun sendiri tidak berusaha mempraktikkannya.
Oleh itu sebagai seorang yang merindui pertemuan dengan bidadari syurga Firdaus , tekadkan dalam dirimu untuk terus melaksanakan yang terbaik dalam dakwah ini.
Selamatkanlah diri kita dari perasaan ragu dalam menjadi hamba Allah yang soleh.
kesimpulan
Saya sendiri pernah mengalami keadaan futur sebentar seperti ini. Apa yang kita mahukan ialah agar kita mampu untuk terus istiqomah dalam jalan yang dipilih para utusan Allah ini dan terus menerus dalam melakukan penambah baikan dalam diri kita.
Kita kini butuhkan potensi dalaman yang mampu disalurkan sebanyak-banyaknya. Moga-moga masyarakat di luar sana yang dahagakan apa yang kita miliki ini mendapat juga peluang.
Kita inginkan agar setiap jiwa bergelar muslim benar-benar mendokong perjuangan mendaulatkan Islam di muka bumi tercinta ini.
Mengapa guna istilah Indon, terpengaruh melalui bacaan atau tontonan?
ReplyDeleteBacaan. dapat kelainan sikit. harapnya bertambah menarik.
ReplyDelete