Monday, September 19, 2011

HIV kembali lagi !!

Salam Patani,

Betulkah anda faham HIV?

Tidak perlu jawab andai belum , cuba baca saja apa yang akan dikongsi seterusnya.

HIV hakikatnya suka menyerang sel yang ada CD4 surface antigen. Antara sel yang ada CD4 receptor adalah Th-cell, monocytes, dendritic cells dan microglia.

Ini semua merupakan jentera pertahanan badan manusia dari apa jua serangan luar atau dalam. Maka andaikata jentera kita sudah tiada maka siapa lagi dapat menghalang kemaraan antigen dan musuh badan yang lain dari terus bermaharajalela.

Pada awalnya dendritic cell pada kulit dan genital mucosa ( kulit bahagian kemaluan) akan dijangkiti virus ini. Kemudian akan kita lihat perubahan secara microscopically
(halus) pada corak lymphoid follicle disebabkan kematian follicular dendritic cell.

( CD4 T cell dan CD8 T cell adalah duat jenis T cell yakni sejenis darah putih yang memfokus pada serangan terhadap apa jua yang asing dalam badan kita)

Bukan tidak melawan , namun kita tewas dalam pertentangan ini.Pada awalnya CD8 positive T cells yang spesifik pada virus tertentu terbentuk bagi mengurangkan virus ini dalam darah, diikuti kemunculan antibody( tentera dibuat oleh protein dlm badan) . Namun tetap setiap hari 10 kuasa 10 virus dan 10 kuasa 9 lymphocyte ( pertahanan badan ) dihasilkan.

Tidak lama yakni beberapa bulan kemudiannya, sistem immune mengalami kejatuhan dan bilangan CD4 positive T cell berkurangan diikuti kenaikan jumlah HIV.

Tidak lama kemudian respons terhadap HIV semakin tak berdaya dek pelbagai faktor sepeti polyclonal activation of B cell ( B cell boleh wujud dlm pelbagai bentuk), perubahan fungsi pada T cell, dan keadaan menjadi tidak terkawal.

Begitulah sedikit sebanyak penerangan bagaimana tersebar dan merebaknya HIV hingga akhirnya melumpuhkan sistem pertahanan badan dan mudah untuk kita terkena sebarang jangkitan.

Oleh itu sebagai insan yang hidupnya sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis penyakit maka sebaiknya kita pergunakan setiap masa yang berlalu seperti aset atau modal yang sangat berharga.

Alangkah ruginya andai diserang penyakit ini dalam keadaan kita masih leka dan lalai dengan mengejar harta dan pengaruh di dunia pada masa sama muflis di bumi akhirat.

Sudah tentu kita tidak mahu rugi dalam perniagaan masa ini bukan?.

Rugi itu apabila kita melupakan Pencipta kita dan melalaikan tanggungjawab yang telah Dia tetapkan untuk kita di muka bumiNya ini.

Jom, apa tunggu2 lagi. Beramallah untuk hasil yang sebaik-baiknya dituai sama2 di Akhirat.

2 comments:

  1. Syukur T-cells dalam badanku masih berfungsi, mereka bekerja kuat melawan virus tapi tak dapat penghargaan. Sumbangannya tak dihargai sehinggalah ia tak menyumbang, barulah dikenalpasti, ketahanan selama ini kerana baktinya.

    ReplyDelete
  2. Ya betul. Kalau tidak sudah tentu semua klinik dan hospital di dunia ni penuh memanjang.

    ReplyDelete