Pernah Rasulullah saw menyebut tentang perlunya kita merebut 5 perkara sebelum ima perkara, diantaranya lapang sebelum sempit.
Baru2 ini kuterima beberapa tugasan yang menuntut diriku untuk memberi komitmen.
Pada masa yang sama lahir dalam benakku rasa takut.
Takut apa?
Takut tidak mampu seimbang dlam semua perkara.
Namun bila dikenang semula Allah telah jadikan kita ini sebaik2 ciptaan. Namun mengapa kadangkala kita harus melimitkan diri kita hanya pada sesuatu yang kecil dan senang sahaja?
Bila diimbas kembali kita ini Allah bagi tubuh yang sempurna, akal yang waras, minda yang pintar, rohani yang hidup maka apa lagi yang tidak cukup !!
Adakah alasan lagi untuk kita kata " Alah aku ni jenis yang tak boleh buat kerja selain study, kalo tak aku jadi tak tentu arah"
" Baik ko suruh si mamat tu, dia lagi kurang sibuk dari aku"
Begitulah situasinya.
Jikalau ingin dibandingkan dengan Rasulullah saw dengan tugasnya sebagai ketua negara, ketua agama, ketua tentera, ketua keluarga, namun adakah Baginda sesekali mencari alasan, terutama sekali dalam dakwah.
Pernahkah baginda lalai terhadap hubungannya dengan Sang Pencipta?
Adakah vbaginda STOP berdakwah setelah dibaling batu dihina dan dicaci di Taif?
Adakah sedih dan rindu amat sangat Baginda terhadap Makkah menyebabkan Baginda enggan berhijrah ?
Tidakkkkk!
Sekarang kita kembali pada diri kita.
Sibuk sangatkah..
Oleh itu marilah kita menghadapi kesukaran dengan kekuatan Sirah Baginda saw,.
Jom jadi Muslim Sejati!
Sekarang ada sedikit lapang, baru dapat bertandang ke blogmu. Ahli jemaah tak sepatutnya ada masa lapang sehingga ia boleh berkata: ..eh boringla, tak tau nak buat apa weekend ni...
ReplyDeleteYup. hidup dalam dunia dakwah ni mesti banyak pengorbanan. hidup bukan lagi masa untuk berpangku tangan. doakan soleh dan kawan istiqomah.
ReplyDelete