Thursday, June 28, 2012

kehidupan mana yang kau mahu?




Dalam hidup ini kita inginkan sangat kehidupan kita itu yang paling diredhai Allah swt. Kita walaupun kadangkala terlajak melakukan larangan Allah kemudian bertaubat pun, sebenarnya benci pada keterlanjuran itu dan sangat inginkan syurga Allah.

Maka dalam kita kata inginkan redha Allah sebagai matlamat utama hidup maka kita mesti memiliki kehidupan seorang pejuang.

hidup seorang pejuang yang bagaimana ya?

Hidupku matiku hanya untuk ALlah semaata-mata

Dalam dunia ini akan kita bertemu pelbagai ragam manusia. kita akan berjumpa orang yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agama Allah ini . Mereka sungguh-sungguh menghidupkan 24 jam dalam perkara yang bermanfaat dan yang dapat menyumbang sesuatu kepada ummat. Siang hingga malam mereka tidak berehat. kadangkala kepenatan yang amat sangat memaksa mata mereka terlelap tanpa langsung disedari . kalau boleh mereka tidak akan membiarkan masa kosong berlalu begitu saja melainkan akan diisi dengan bacaan buku, hafalan quran ataupun perkara yang bermanfaat.

segalanya indah dalam hidup mereka.

mereka tatkala ditimpa musibah mereka sedar itu dari Allah untuk diampunkan dosanya. mereka merasa gembira kerana memahami bahawa sebenarnya itu tanda Allah cinta padanya dan tidak ingin membiarkannya sunyi dari rintihan taubat dan sering menyedari hakikat kelemahan dirinya hanya seorang hamba Allah.

bilamana dikurniakan nikmat dia bersyukur dan berwaspada betapa besarnya kurniaan dan rahmatNya pada hambanya.. Segala yang dikecapinya akan diiringi dengan " innalhamdulillah " yakni segalanya darimu ya Allah.

Dia juga sedar bahawa musuh juga merancang sesuatu. musuh sentiasa meneliti setiap gerak gerinya. Namun dia tidak sedikit pun gentar kerana padanya penelitian yang layak dia takut hanyalah dari ALlah semata-mata.

Dia tidak risau kehilangan kerja kerana dia sangat yakin bahawa tuhannya sahajalah yang menetapkan rezeki bagi hambanya.

Dia sering dengar kisah hidup hamba Allah lain yang berjuang hingga syahid. Maka itu sering menjadi pendorong baginya untuk meneruskan perjuangannya walaupun di saat-saat berat.

Setelah berkeluarga pula tidak langsung luntur semanagat yang dimilikinya sewaktu bergelar pelajar malah semakin teguh dan lancar gerakannya setelah dibantu sang isteri yang turut memiliki jiwa pejuang.

Hatta tatkala umur sudah lanjut pun gerakannya tidak dibantut oleh kelemahan fizikalnya. Andai kakinya sudah lemah untuk berjalan akan dia gunakan tongkat untuk kemana-mana.

Segala arahan dari kepimpinan (yang berjuang untuk Islam itu) diturutinya semaksima yang boleh tanpa mengenal usianya yang sudah pun lanjut.

Apa yang dia inginkan adalah mati dalam kenikmatan iman. Biarlah dia mati dalam keadaan sedang menegakkan bendera sekalipun. Biarlah dia mati sewaktu sedang dalam kerja perjuangan ini.

Inilah orang-orang yang yakin akan pertemuan dengan Sang Penciptanya.

Kedua, adalah jenis orang yang tidak ada matlamat redha Allah dalam hidupnya. Dia hanya lakukan kerja-kerja yang mudah sahaja baginya. baginya buat apa bersusah payah dalam agama Allah ni. cukuplah dengan bersolat 5 waktu sehari semalam. cukuplah masa bagi agama ini bila ada masa lapang di hujung minggu.

Dia merasa sudah cukup dengan solat, zakat dan puasanya untuk mendapat syurga Allah tu.

Dia mungkin belum mendengar atau kalau sudah dengar pun belum menghayati firman Allah dalam ayat 111 surah at taubah.

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan Syurga 

Kesimpulan

Tidak hairanlah jika kita lihat ada orang yang sangat pantang duduk diam. mesti dia akan ke hulu hilir mencari kerja untuk dibuat bagi membantu jemaah islam ini. Manakala di saat yang sama kita lihat seseorang itu ke hulu hilir dalam keadaan bingung tentang masa depannya.


Maka sangat berbeza apabila seseorang itu berkata aku seorang muslim sedangkan dia langsung tidak berjuang dengan seorang lagi yang seluruh hidupnya digunakan untuk Islam.


Maka  pilihlah kehidupan yang lebih yakin masa depan akhiratnya wahai pembaca sekalian.

Friday, June 22, 2012

Hassan al Banna dan IM



hari ini aku masih bercuti.

cuti yang berbaki lagi 3 minggu.

sepanjang cuti ni aku cuba melakukan sebanyak perkara yang boleh.

aku tidak mahu cuti kali ni sekadar tidur , makan , dan buat kerja rumah.

aku mahu lebih dari tu.

setakat 36 hari bercuti ini ku dapat rasakan satu kekurangan yang hadir.

kalau boleh mahu saja isi masa lapang yang ada sebagaimana orang-orang hebat seperti dr Abdul Aziz al Rantisi, Hassan al Banna, dan Fati Yakan mengisinya.

mereka ni sungguh banyak jasanya untuk islam.

mungkin aku perlu kenal mereka dengan lebih dekat agar roh perjuangan itu dapat mengalir dalam darahku sebagaimana mengalir pada mereka.

di sini aku ingin coretkan sedikit sahaja mengenai hassan al banna serta ikhwanul muslimin. namun bukan semua yang dapat kukongsikan di sini. mungkin sedikit saja. masa pun sudah pukul 3.11 pagi dan mataku masih belum ingin rehat dan jari jemariku pula teruja ingin menulis lagi.

Hassan al Banna dan Ikhwanul Muslimin

Pertama kali ku dengar nama ini sewaktu aku terbaca buku ustaz Riduan Mohd Nor bertajuk 100 tahun Hassan al Banna.

Namun, sebelum itu nama Hassan al Banna pernah kudengar sewaktu sekolah lagi, semasa membaca risalahnya bertajuk " A letter to a Muslim student in the West ".

Sewaktu aku membaca risalahnya aku cukup tertarik dengan luhur budinya, indah akhlaknya, dan luar biasa dakwahnya.

Aku cukup terkesan dengan kisahnya yang kubaca pada buku-buku karangan sahabat beliau dan orang yang  mengenalinya.

Anda yang mungkin belum pernah mendengar nama tokoh ini jangan risau. Saya akan terangkan serba sedikit mengenainya nanti.

Hassan al Banna dilahirkan di Mesir pada tahun 1906.

Sewaktu umurnya 23 tahun beliau bersama beberapa sahabat yang lain telah menubuhkan sebuah jemaah islam yang dikenali sebagai Ikhwanul Muslimin. Ini adalah pada tahun 1928 yaitu 6 tahun setelah khulafa Uthmaniyah tumbang iaitu pada 1922.

Beliau telah lulus dengan cemerlangnya dari Universiti Darul Ulum , Kaherah dan seterusnya bertugas sebagai seorang guru bahasa Arab.


Beliau sering menyibukkan diri dalam urusan ummah hingga jarang berpeluang bersama keluarga di rumah. Namun masa yang ada sedikit pun bersama keluarga tidak dihabiskan melainkan dengan penuh kualiti.



Untuk setiap anaknya disediakan satu fail khas bagi perkembangan kesihatan dan peribadi mereka.


Malah pernah diminta kepada salah seorang sahabatnya untuk mengintip samada anaknya cukup atau tidak bekalannya di sekolah.

dakwahnya yang terbit dari kerisauannya pada ummah ini pula tidak seperti kebiasaan ulama lain. Beliau tidak hanya menumpu dakwahnya di surau namun beliau turut pergi ke kedai kopi dan tempat umum bagi menyampaikan dakwahnya. Ternyata cara ini lebih berkesan kerana setelah itu ramai dikalangan pendengarnya itu yang berubah dan menjadi pendokong pada jemaah ikhwanul muslimin setelah itu.

Hasrat dan cita-cita pemuda yang bernama Hassan al Banna di waktu itu sangat hebat kerana beliau dianugerahkan Tuhan untuk menyedari kejahilan ummat islam dan seterusnya menjumpai solusinya.

Berpandukan sinaran al quran dan hadis ,  gerakan ini dipandu hingga akhirnya seluruh Mesir menerima cahayanya. Bahkan tak lama selepas itu satu dunia juga mendapat tempias gerakan ini yang disifatkan sebagai pencetus kebangkitan islam di seluruh dunia.

Di rata-rata dunia umat yang sebelumnya hina kerana menurut barat dalam segala macam perkara kini menjadi mulia setelah menjadikan Quran dan hadis panduan hidup mereka.

Namun, kebangkitan islam ini dihidu oleh musuh-musuh islam dikalangan yahudi dan sekutunya termasuklah Amerika Syarikat.

Pembantaian dan penyiksaan golongan yang berkecimpung dalam jemaah ini menjadi fenomena biasa para pemerintah zalim Mesir pada tahun 50an hingga hari ini.


Maka bertambah ramai digiring ke penjara, diseksa bertahun lamanya hingga tidak sedikit yang terkorban.


Namun ini semua menjadikan ikhwanul muslimin bertambah matang dalam berpolitik dan lebih kuat menghadapi golongan taghut ini.

Pada tahun 1949 akhirnya sang murabbi al ustaz hassan al banna menemui kesyahidannya setelah ditembak  dengan beberapa das tembakan dalam satu perancangan musuh.

Jenazahnya dihantar pulang ke keluarganya dan tidak dibenarkan sesiapa selain keluarganya sahaja untuk menguruskan jenazahnya hatta mengebumikannya.

Namun sang syahid ini tidak meninggalkan dunia fana ini dengan begitu sahaja.

Umurnya yang singkat itu yakni 43 tahun digunakan sepenuhnya demi melihat Islam dijulang tinggi semula ke tempatnya.

Sungguh rugi andai peribadi cetakan quran seperti hassan al banna ini tidak dikenali jauh sekali dicontohi pemuda hari ini.

Berikut merupakan senarai pemimpin ikhwan muslimin setelah pemergian hassan al banna.


Konklusi

Tidak sesuai untuk ku ceritakan segalanya di sini kerana ia sangat panjang. Cukup sekadar pengenalan kepada Hasan Al Banna serta sedikit mengenai jemaah Ikhwanul Muslimin.

Kita harapkan agar peribadi seperti beliau dapat dicontohi generasi pada hari ini.

Usahlah kita harapkan orang lain sebelum diri sendiri yang berusaha ke arah itu.

wallahualam.

Wednesday, June 20, 2012

Patutkah aku berjuang?



sudah tentu anda pernah malah biasa mendengar kata-kata berikut:

" kalau  dah aman untuk beribadat pun dah cukup dah , tak perlu nak sibuk-sibuk pergi berjuang "

" buat apa nak susah -susah berjuang kan kita dah negara islam "

" aku dah sempurna solat, ngaji pulak pakai taranum syeikh Ghamdi punya cara, maka sudah cukup untuk aku masuk syurga "

" mana ada keperluan jihad dah zaman ni ? "

di sini saya simpulkan sedikit daripada banyak lagi ungkapan orang kita yang tidak merasakan berjuang atau berjihad itu satu tuntutan pada mereka semua sebagai umat islam.

dalam surah at taubah ayat 41 menyebut :

" berangkatlah kamu baik dengan rasa susah lagi senang dan berjihadlah kamu dengan harta dan jiwamu di jalan Allah... "

maka mereka rasakan seolah hidup ini tak perlu sibuk-sibuk berjuang, cukup sekadar amalan ibadah sendiri-sendiri.

dan juga mereka berandaian cukup sekadar pemimpin itu islam namun tidak mengapa andai pemimpin itu islam sekular ke, islam namanya saja ke, atau islam buatan.

cukup selesa dalam keadaan menghiraukan orang lain setelah dirinya aman beribadah.

namun bukankah islam lebih dari itu ?

Islam itu syumul

" wahai orang-orang yg beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan,,, " ayat 208 surah al baqarah.

islam tidak pernah meletakkan sesuatu amalan yang disyarakkan hanya untuk dilaksanakan pada waktu dan keadaan tertentu sahaja.

tidak.

islam itu hadir dalam 24 jam kita hidup.

sewaktu azan dilaungkan lima kali sehari maka kita akan terus pergi surau menunaikan solat.di masa lapang pula akan kita peruntukkan membaca quran serta menteliti maknanya. di malam hari kita bangun bersujud minta ampun atas segala dosa kita.

sewaktu pergaulan sesama kita di tempat belajar atau di pejabat maka penjagaan aurat dan pembatasan dalam pergaulan menjadi satu keutamaan.

dalam berkeluarga kita mahu menjadikan keluarga kita menghasilkan anak-anak yang soleh dan solehah dan mendirikan rumah tangga yang bahagia dunia dan akhirat.

dalam kita hidup bermasyarakat kita mahukan masyarakat kita saling menegur ke arah kebaikan, saling mengadakan aktiviti sihat dan baik untuk didikan rohani dan jasmani.

dalam negara, kita sangat idamkan satu pemerintahan bercorakkan islam yang syumul, yang melaksanakan tuntutan Quran dan hadis. Kerajaan yang diwarnai dengan ketelusan dan keadilan.

maka akhirnya akan kita lihat betapa cantiknya kehidupan itu andai dari diri individu hingga ke peringkat tertinggi yaitu kerajaan melaksanakan islam dengan sebenarnya.

namun tidak sempurna andai islam itu hanya pada diri kita tetapi tidak pada orang lain.

Andai islam itu ditegakkan

Bilamana islam itu wujud dalam sebuah masyarakat maka apa yang kita lihat adalah proses pembentukan muslim itu berlaku dimana-mana. mulai dari aktiviti usrahnya hingga ke pelaksanaan hukum-hukum syariat oleh pemerintah.


anak-anak muda tidak akan dibentangkan dengan bahan lucah untuk mereka terdorong melakukan maksiat, malah akan diganti dengan pelbagai program kesedaran membentuk peribadi muslim yang matang dan seterusnya dibantu dengan insentif bagi yang ingin mendirikan rumah tangga.

 hiburan unsur lucah dan merepek digantikan dengan hiburan penuh menjaga syariat dan memperbaiki diri.

akhirnya suasana begitu sempit untuk melakukan zina hatta zina mata sekalipun.

sejak kecil lagi anak-anak di bangku sekolah pula diperkenalkan dengan akhlak islam yang syumul agar mereka satu hari nanti menjadi pemuda yang menjadi contoh akhlak serta peribadinya.

manakala suasana yang cukup dari aspek kewangan dan keperluan harian akan menghalang situasi anak-anak terpaksa berhenti sekolah, ibu bapa tidak balik rumah kerana sibuk bekerja dan seterusnya membina institusi keluarga yang lebih terjamin.

ini sudah tentu menggalakkan pertambahan individu yang produktif untuk negara kerana mampu mengeluarkan semaksima potensi yang ada setelah tidak ada masalah keluarga serta kewangan yang biasa membantutkannya.

masalah yang timbul oleh kerana peniaga yang tidak jujur, dan rasuah yang berlaluasa akan padam oleh perlaksanaan sistem syariat islam di negara itu.

Akhirnya terbinalah suatu kerajaan Islam yang syumul di waktu kezaliman ditentang serta keadilan tertegak sebagaimana pernah wujud sewaktu zaman rasulullah saw , sahabat dan zaman Umar Abdul Aziz sebelum ini.

Namun adakah semua ini akan menjadi kenyataan hanya dengan kita menggoyang kaki dan berpangku tangan?

Jihad dan perjuangan itu tuntutan pada setiap muslim

Maka untuk menjadikan perkara yang disebut tadi bukan sekadar dongengan cerita labu labi semata-mata maka Allah swt telah menyeru untuk kita melakukan usaha dan gerak kerja ke arah kembalinya Islam dijulang tinggi seperti sebelum ini.

" sesungguhnya orang2 mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kpd Allah dan rasulNya, kemudian merek tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. mereka itulah orang2 yg benar " ayat 15 surah al hujurat.

bagaimana maksud jihad ini. cuba lihat ayat berikut.

" sesungguhnya Allah beli dari orang2 mukmin baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh sebagai janji yg benar dari Allah dalam Taurat, Injil dan Quran.dan siapa yg lebih menepati janji dari Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yg telah kamu lakukan itu dan demikianlah kemenangan yang agung" surah taubah ayat 111.

dalam ayat seterusnya pula Allah menyebut golongan yang dimaksudkannya dalam ayat di atas iaitu mereka yang bertaubat , beribadah memuji Allah , mengembara, rukuk sujud menyuruh yang makruf mencegah yang mungkar dan memelihara hukum-hukum Allah.
 
untuk rujukan mengenai tuntutan berjihad ini anda akan temuinya banyak dalam surah at-taubah , al anfal, dan as soff.

kesimpulan

Sebenarnya sudah cukup sempurna syariat ini untuk menyelesaikan segala permasalahan kehidupan kita.

 Namun kita diuji dengan pelbagai rancangan serta program pendokong syaitan demi menjauhkan kita dari kefahaman islam yang syumul dan sebenar.

hingga islam itu kita pisahkan dalam sebahagian besar kehidupan kita.

hingga kita jauh dari merasai kenikmatan seorang pejuang islam.

hingga berjihad di jalan Allah itu menjadi satu perkara yang tidak perlu dalam kehidupan kita.

hingga urusan umat islam yang lain tidak wujud dalam kamus kehidupan kita.

Maka tidak sepatutnya kita berterusan sebegini andai kata kita ini benar seorang Muslim.

kita tidak mahu hanya islam di ic dan surat kahwin saja.

kita mahu jadi muslim sebagaimana yang dituntut oleh Allah swt. dan diajar Rasulullah saw .

wallahualam.

Tuesday, June 19, 2012

buta politik takpeke?




hari ini kita lihat rata-rata mahasiswa sangat buta politik, maaf andai terkalu kasar bunyinya namun itulah realitinya.


mereka yang buta mata tidak dapat jalan dan terpaksa bergantung pada orang sekeliling atau meraba-raba mencari jalan yang benar.

Namaun bagi golongan buta politik ini mereka tidak tahu langsung apa itu politik dan buat apa mereka patut cakna politik. mereka tidak tahu apa beza UMNO dan PAS, juga MIC dan DAP.

antara faktor mereka golongan muda ini tak mahu tahu hal politik adalah kerana menganggap politik itu kotor. Ini terjadi ekoran gambaran politik mereka adalah semata-mata yang ada di media . memanglah kotor. mereka tidak lihat bagaimana politik itu sebenarnya bersih namun dikotorkan oleh mereka yang tidak tahu berpolitik.

mengetahui politik sangat penting.

melibatkan diri dalam politik lagi penting.

ada apa dengan politik

mereka tidak sedar melalui poltiklah mereka berpeluang menuntut ilmu di menara gading secara percuma.

mereka belum sedar melalui jalan politik mereka dapat membantu orang kampung mereka yang hidup sekangkang kera itu.

mereka mungkin belum tahu bahawa melalui politiklah mereka tidak perlu bersusah payah membayar yuran sekolah itu dan macam-macam lagi cukai.

namun andai mereka masih buta politik.

politik itu kotor, jijik dan busuk.

mana mungkin mereka akan mendekati politik.

kenal pun tidak apa lagi minat.

maka lenyaplah suara anak muda intelektuall yang sepatutnya lantang menegur pemimpin yang zalim

mereka yang belajar degree politik, syariah, medik, engineering,bahasa,pertanian ....

mereka setiap seorang dari mereka ada suara yang mampu menyumbang dalam masa depan negara.

mana mungkin mereka dapat menjadi bakal pemimpin atau ahli politikus yang matang satu hari nanti andai tidak didedahkan sejak hari ini?

akibatnya...

apapun yang rugi nanti negara jugak.
akibat menjauhkan anak muda dari penglibatan dalam politik maka mereka ini akan berterusan disibukkan dengan perkara picisan, mereka sudah jadi golongan yang tak kisah masyarakat sekeliling dan hanya melihat masalah perbadi sahaja.

bagi sesetengah yang berkata politik itu tidak perlu kerana ia penuh dengan penipuan dan dosa maka ketahuilah bahawa mahu tak mahu pasti ada satu puak yang benar dan satu puak yang tidak.

namun untuk mengetahui mana yang benar dia perlu cakna politik.

andai kata akibat jahilnya dia terhadap politik, maka dia silap memilih parti maka parti yang disokong itu tidak betul-betul mendaulatkan islam.
Risau-risau satu hari nanti dia akan jadi sama-sama pendokong pada parti yang mengamalkan kejahatan, rasuah dan penipuan.
tidak mustahil satu hari nanti dia akan melakukan kejahatan sama macam pemimpin zalim yang disokongnya itu.

maka akan lahirlah generasi buta politik. penglibatannya dalam parti yang silap itu bukan sahaja melibatkan undinya sahaja namun dia juga akan membantu dalam kerja-kerja batil parti itu.

konklusi

usahlah kita terikut dengan budaya sekarang wahai anak muda.

budaya menjauhi politik.

andaikata kita ambil tahu politik kita kenal politik dan seterusnya bekerjasama dalam sesebuah parti politik tersebut maka kita memiliki beberapa keuntungan.

pertama kita kan jadi semakin matang. ya kita tidak akan sibuk mencari pasanngan tak sah, tak kan sibuk meng 'modify' motor, tak kan kita ada masa tuk semua tu.

kerana kita sudah disibukkan dengan isu negara. ya sesuatu yang sangat perlu ada dalam fikiran anak muda agar kembali lahirnuya pejuang agama seperti Burhanuddin al helmi, ustaz Zulkifli Muhammad dan ustaz Yahya Othman.

seterusnya bilamana kita memilih parti yang benar maka kita dapat menyumbang pada ummah serta terlibat sebagai pendokong pada kebangkitan islam.

kenal politik sebelum anda dizalimi kerananya.

Monday, June 11, 2012

detik-detik masa





sungguh sangat indah andaikata ruang2 cuti ini dimanfaatkan dengan pembacaan buku2 santai mantop lagi bermakna seperti buku karangan Dr yusuf al qardhawi ini.

pertama sekali perhatian Al Quran dan sunnah mengenai masa.

namun di sini saya tidak ingin mengurai semuanya kerana 2 faktor. pertama secara jujur saya sendiri tidak ingat kedua blog ini akan melerek panjangnya hingga anda tertidur sampai pagi esok baru sedar agaknya.

toyyib. kewajipan muslim terhadap masa.

pertama sekali menjaga masa.
tugas utama setiap dari kita ialah wajib menjaga masa. setiap detik yang berlalu.

hassan al basri menyebut " saya lihat suatu kaum yang sangat2 menjaga masa hingga lebih dari kamu menjaga wang ringgit kamu "

golongan salaf sangat menghargai setiap saat hidup mereka. mereka tidak akan biarkan ia berlalu begitu saja tanpa amalan yang mendekatkan diri pada Allah.

nikmat masa lapang disebut dalam sepotong hadis.

" 2 nikmat di antara nikmat2 Allah yang kebanyakan manusia kaburi mata melihatnya; iaitu sihat dan masa lapang " 

seorang muslim itu sering terikat dengan masa. dalam sehari dia wajib menegakkan 5 solat dalam batasan  waktu yang ditetapkan. dalam masa seminggu dia wajib solat jumaat yang hanya waktunya hari tersebut. dalam setahun dia wajib membayar zakat sebelum waktunya berlalu. dalam sebulan ramadhan dia berpuasa dalam lingkungan masa yang ditetapkan .

kesimpulannya muslim itu sentiasa terikat dengan batasan masa yang mendidiknya agar berdisiplin dalam kehidupannya.

pokok dalam buku ini adalah bab pandangan sebenar terhadap masa.

masa kita terbahagi kepada yang lalu, sekarang dan akan datang.

Islam sangat menggalakkan kita memetik faedah ibrah pengajaran dari masa2 yang lepas. kita membaca seerah dan sejarah agar tidak kembali mengulangu kesilapan yang sama.

masa yang ada sekarang patut dimanfaatkan sedayanya. sebuah hadis berbunyi " jikapun berlaku kiamat, di tangan kamu di masa itu ada sepohon benih kurma, maka kamu masih lagi berkesempatan menanamnya maka hendaklah kamu menanamnya."

untuk masa hadapan kita patut letakkan matlamat dan bersungguh ke arah cita2 itu. sebagai mukmin , mukhlisin kita ada target dunia dan akhirat.

bab yang terakhir adalah awas dari mensia-siakan masa. ada masa kita lalai, kita menangguh-nangguh, kita cuai dan tidak sikit juga di kalangan kita yang sering mencaci masa.

kesimpulan

andai masa di dunia ini kita pergunakan dengan sebaiknya maka kita akan berbahagia di dunia dan akhirat. seorang ulama menyebut masa ini lebih berharga dari harta. ini kerana harta yang hilang boleh kita gunakan masa yang ada lagi untuk mengusahakan yang baru. Namun masa yang hilang tiada lagi boleh diganti dengan apa2.

selamat menggunakan nikmat masa dengan sebaik2nye.

ada apa dengan wasatiyah??



satu perkataan yang menggambarkan islam.

maksudnya bersederhana.

namun seringkali kita tersilap tafsir namanya.

bukanlah namanya wasatiyah itu andainya kita tidak menutup aurat sepenuhnya.

yang perlu difahami adalah setiap yang Allah anjurkan dalam quran dan apa yang rasulullah saw sampaikan dalam hadith itu adalah wasatiyah , sederhana.

mana mungkin Allah suruh kita labuhkan jilbab@tudung tanpa sebaranng sebab.

Dr Zakir Naik berkata andaikata 2 orang gadis kembar yang berjalan di laluan gelap lagi sunyi disergah sekumpulan lelaki algojo , yang satunya berpakaian menjolok mata sedangkan yang seorang lagi berpakaian sempurna auratnya maka mana satu yang lebih dipilih oleh alg6jo lelaki2 buas itu ?

anda jawablah sendiri.

wasatiyah juga berlaku dalam kehidupan seharian kita.

kita bersederhana dalam bercakap, tidak terlalu kuat, tidak terlalu perlahan.
kita bersederhana dalam berbelanja tidak terlalu boros dan tidak terlalu loket atau kedekut.
kita bersederhana dalam berpakaian , tak terlalu menarik perhatian dan tak terlalu selekeh dan comot.

macam2 lagi.

sebab itu Allah melarang hambanya yang bila bergaduh itu melarat sampai berhari2 tak tegur. Allah bagitau kalau makan jangan berlebih2, kalau puasa jangan tak berbuka, kalau bertahajud mesti tidur dulu,kalau berkahwin itu satu sudah memadai andai tidak mampu berlaku adil.

kesimpulan

Allah meraikan fitrah manusia melalui syariatNya. Sesiapa yang lari dari syariatNya maka itulah yang sepatutnya dikatakan ekstrimis. orang yang terlalu longgar, yang meremehkan undang2, hukum hakam Allah, yang memisahkan islam dari kehidupan seharian hingga akhirnya terhijab olehnya keindahan islam itu sendiri.

juga yang terlalu keras hingga menyatakan perang terhadap semua orang bukan islam, yang terlalu menyekat pergerakan wanita, yang tidak langsung boleh bertolak ansur dengan konsep pendekatan mesra dalam dakwah melainkan serangan buta tuli sahaja, maka mereka juga akhirnya akan tertipu oleh syaitan dan terjerumus ke lembah kehinaan.

samalah kita jadi insan wasatiyah persis baginda Rasulullah saw.

kau dakwah orang , dirimu camne??


baru ku terbaca buku bahtera penyelamat karangan ustaz fathi yakan.



pada awal muqaddimahnya menyebut betapa para dae yang sibuk ingin mentarbiyyah orang lain ini sepatutnya juga sibuk mentarbiyyah dirinya sendiri.

" orang yang tidak memiliki sesuatu pasti tidak akan dapat memberikan apa2 "

pernah seorang al akh menyebut , bagaimana mungkin antum bisa boleh mengajak insan di sekeliling mencintai Allah padahal anta sendiri masih pudar kecintaan tersebut? "

kata2 ustaz fathi yakan sekali lagi " selama belum tercapai interaksi antara duat dan hidayah yang dikembangkan oleh mereka selagi itulah mereka tidak akan mendapat petunjuk dan membimbing orang lain "

oleh sebab itu, hendaklah para duat memberi perhatian yang besar kepada proses penggarapan : lebih dari usaha penyampaian. Mereka hendaklah meningkatkan usaha2 penjernihan diri sendiri sebagai usaha meningkatkan orang lain. Orang yang mendidik dirinya lebih wajar mendapat penghormatan dari orang yang mendidik manusia lain "

" katakanlah wahai Muhammad, hendaklah kalian berusaha nescaya Allah swt, RasulNya dan orang2 beriman akan melihat usaha kalian, kelak kalian akan dikembalikan ke alam ghaib dan syahadah, lalu Allah swt menjelaskan kpd kalian apa sebenarnya yang telah kalian usahakan " at taubah ayat 105

kesimpulan

siapakah yang buka pintu hidayah pada sahabatmu tatkala kau bersungguh2 mentarbiyahnya kalau bukan Allah. dan su2a saya berkongsi kata2 seorang murabbi saya :

" bang camane ana nak sampaikan usrah sedangkan ana dalam seminggu ni terkadang buat dosa dan ana bukan orang yang layak untuk sampaikan dakwah ni "

" anta mesti faham bahawa anta memang tak akan sampai puncak kesempurnaan 5tu, dan anta hakikatnya bukanlah nak bagitau anta paling baik, tetapi anta sebenarnya sedang menasihati diri anta sendiri , ingatlah tujuan itu , insyaAllah anta tak akan keberatan lagi"

yang penting sekarang bukannya kita nak kawan2 kita saje yang terima hidayah masuk syurga akan tapi paling penting kita sendiri. ni antara perkara yang kita boleh tamak. tapi nak masuk syurga tu nak tak nak syarat dia perlu sampaikan dakwah. begitulah kitaran hidup kita.