“Berkerjalah untuk kematian yang mulia, nescaya kamu akan berjaya dengan kebahagiaan sepenuhnya. Moga Allah mengurniakan kepada kami dan kamu kemuliaan mati syahid di jalan-Nya.” (As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)
Wednesday, June 20, 2012
Patutkah aku berjuang?
sudah tentu anda pernah malah biasa mendengar kata-kata berikut:
" kalau dah aman untuk beribadat pun dah cukup dah , tak perlu nak sibuk-sibuk pergi berjuang "
" buat apa nak susah -susah berjuang kan kita dah negara islam "
" aku dah sempurna solat, ngaji pulak pakai taranum syeikh Ghamdi punya cara, maka sudah cukup untuk aku masuk syurga "
" mana ada keperluan jihad dah zaman ni ? "
di sini saya simpulkan sedikit daripada banyak lagi ungkapan orang kita yang tidak merasakan berjuang atau berjihad itu satu tuntutan pada mereka semua sebagai umat islam.
dalam surah at taubah ayat 41 menyebut :
" berangkatlah kamu baik dengan rasa susah lagi senang dan berjihadlah kamu dengan harta dan jiwamu di jalan Allah... "
maka mereka rasakan seolah hidup ini tak perlu sibuk-sibuk berjuang, cukup sekadar amalan ibadah sendiri-sendiri.
dan juga mereka berandaian cukup sekadar pemimpin itu islam namun tidak mengapa andai pemimpin itu islam sekular ke, islam namanya saja ke, atau islam buatan.
cukup selesa dalam keadaan menghiraukan orang lain setelah dirinya aman beribadah.
namun bukankah islam lebih dari itu ?
Islam itu syumul
" wahai orang-orang yg beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan,,, " ayat 208 surah al baqarah.
islam tidak pernah meletakkan sesuatu amalan yang disyarakkan hanya untuk dilaksanakan pada waktu dan keadaan tertentu sahaja.
tidak.
islam itu hadir dalam 24 jam kita hidup.
sewaktu azan dilaungkan lima kali sehari maka kita akan terus pergi surau menunaikan solat.di masa lapang pula akan kita peruntukkan membaca quran serta menteliti maknanya. di malam hari kita bangun bersujud minta ampun atas segala dosa kita.
sewaktu pergaulan sesama kita di tempat belajar atau di pejabat maka penjagaan aurat dan pembatasan dalam pergaulan menjadi satu keutamaan.
dalam berkeluarga kita mahu menjadikan keluarga kita menghasilkan anak-anak yang soleh dan solehah dan mendirikan rumah tangga yang bahagia dunia dan akhirat.
dalam kita hidup bermasyarakat kita mahukan masyarakat kita saling menegur ke arah kebaikan, saling mengadakan aktiviti sihat dan baik untuk didikan rohani dan jasmani.
dalam negara, kita sangat idamkan satu pemerintahan bercorakkan islam yang syumul, yang melaksanakan tuntutan Quran dan hadis. Kerajaan yang diwarnai dengan ketelusan dan keadilan.
maka akhirnya akan kita lihat betapa cantiknya kehidupan itu andai dari diri individu hingga ke peringkat tertinggi yaitu kerajaan melaksanakan islam dengan sebenarnya.
namun tidak sempurna andai islam itu hanya pada diri kita tetapi tidak pada orang lain.
Andai islam itu ditegakkan
Bilamana islam itu wujud dalam sebuah masyarakat maka apa yang kita lihat adalah proses pembentukan muslim itu berlaku dimana-mana. mulai dari aktiviti usrahnya hingga ke pelaksanaan hukum-hukum syariat oleh pemerintah.
anak-anak muda tidak akan dibentangkan dengan bahan lucah untuk mereka terdorong melakukan maksiat, malah akan diganti dengan pelbagai program kesedaran membentuk peribadi muslim yang matang dan seterusnya dibantu dengan insentif bagi yang ingin mendirikan rumah tangga.
hiburan unsur lucah dan merepek digantikan dengan hiburan penuh menjaga syariat dan memperbaiki diri.
akhirnya suasana begitu sempit untuk melakukan zina hatta zina mata sekalipun.
sejak kecil lagi anak-anak di bangku sekolah pula diperkenalkan dengan akhlak islam yang syumul agar mereka satu hari nanti menjadi pemuda yang menjadi contoh akhlak serta peribadinya.
manakala suasana yang cukup dari aspek kewangan dan keperluan harian akan menghalang situasi anak-anak terpaksa berhenti sekolah, ibu bapa tidak balik rumah kerana sibuk bekerja dan seterusnya membina institusi keluarga yang lebih terjamin.
ini sudah tentu menggalakkan pertambahan individu yang produktif untuk negara kerana mampu mengeluarkan semaksima potensi yang ada setelah tidak ada masalah keluarga serta kewangan yang biasa membantutkannya.
masalah yang timbul oleh kerana peniaga yang tidak jujur, dan rasuah yang berlaluasa akan padam oleh perlaksanaan sistem syariat islam di negara itu.
Akhirnya terbinalah suatu kerajaan Islam yang syumul di waktu kezaliman ditentang serta keadilan tertegak sebagaimana pernah wujud sewaktu zaman rasulullah saw , sahabat dan zaman Umar Abdul Aziz sebelum ini.
Namun adakah semua ini akan menjadi kenyataan hanya dengan kita menggoyang kaki dan berpangku tangan?
Jihad dan perjuangan itu tuntutan pada setiap muslim
Maka untuk menjadikan perkara yang disebut tadi bukan sekadar dongengan cerita labu labi semata-mata maka Allah swt telah menyeru untuk kita melakukan usaha dan gerak kerja ke arah kembalinya Islam dijulang tinggi seperti sebelum ini.
" sesungguhnya orang2 mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kpd Allah dan rasulNya, kemudian merek tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah. mereka itulah orang2 yg benar " ayat 15 surah al hujurat.
bagaimana maksud jihad ini. cuba lihat ayat berikut.
" sesungguhnya Allah beli dari orang2 mukmin baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh sebagai janji yg benar dari Allah dalam Taurat, Injil dan Quran.dan siapa yg lebih menepati janji dari Allah? maka bergembiralah dengan jual beli yg telah kamu lakukan itu dan demikianlah kemenangan yang agung" surah taubah ayat 111.
dalam ayat seterusnya pula Allah menyebut golongan yang dimaksudkannya dalam ayat di atas iaitu mereka yang bertaubat , beribadah memuji Allah , mengembara, rukuk sujud menyuruh yang makruf mencegah yang mungkar dan memelihara hukum-hukum Allah.
untuk rujukan mengenai tuntutan berjihad ini anda akan temuinya banyak dalam surah at-taubah , al anfal, dan as soff.
kesimpulan
Sebenarnya sudah cukup sempurna syariat ini untuk menyelesaikan segala permasalahan kehidupan kita.
Namun kita diuji dengan pelbagai rancangan serta program pendokong syaitan demi menjauhkan kita dari kefahaman islam yang syumul dan sebenar.
hingga islam itu kita pisahkan dalam sebahagian besar kehidupan kita.
hingga kita jauh dari merasai kenikmatan seorang pejuang islam.
hingga berjihad di jalan Allah itu menjadi satu perkara yang tidak perlu dalam kehidupan kita.
hingga urusan umat islam yang lain tidak wujud dalam kamus kehidupan kita.
Maka tidak sepatutnya kita berterusan sebegini andai kata kita ini benar seorang Muslim.
kita tidak mahu hanya islam di ic dan surat kahwin saja.
kita mahu jadi muslim sebagaimana yang dituntut oleh Allah swt. dan diajar Rasulullah saw .
wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment