Friday, June 22, 2012

Hassan al Banna dan IM



hari ini aku masih bercuti.

cuti yang berbaki lagi 3 minggu.

sepanjang cuti ni aku cuba melakukan sebanyak perkara yang boleh.

aku tidak mahu cuti kali ni sekadar tidur , makan , dan buat kerja rumah.

aku mahu lebih dari tu.

setakat 36 hari bercuti ini ku dapat rasakan satu kekurangan yang hadir.

kalau boleh mahu saja isi masa lapang yang ada sebagaimana orang-orang hebat seperti dr Abdul Aziz al Rantisi, Hassan al Banna, dan Fati Yakan mengisinya.

mereka ni sungguh banyak jasanya untuk islam.

mungkin aku perlu kenal mereka dengan lebih dekat agar roh perjuangan itu dapat mengalir dalam darahku sebagaimana mengalir pada mereka.

di sini aku ingin coretkan sedikit sahaja mengenai hassan al banna serta ikhwanul muslimin. namun bukan semua yang dapat kukongsikan di sini. mungkin sedikit saja. masa pun sudah pukul 3.11 pagi dan mataku masih belum ingin rehat dan jari jemariku pula teruja ingin menulis lagi.

Hassan al Banna dan Ikhwanul Muslimin

Pertama kali ku dengar nama ini sewaktu aku terbaca buku ustaz Riduan Mohd Nor bertajuk 100 tahun Hassan al Banna.

Namun, sebelum itu nama Hassan al Banna pernah kudengar sewaktu sekolah lagi, semasa membaca risalahnya bertajuk " A letter to a Muslim student in the West ".

Sewaktu aku membaca risalahnya aku cukup tertarik dengan luhur budinya, indah akhlaknya, dan luar biasa dakwahnya.

Aku cukup terkesan dengan kisahnya yang kubaca pada buku-buku karangan sahabat beliau dan orang yang  mengenalinya.

Anda yang mungkin belum pernah mendengar nama tokoh ini jangan risau. Saya akan terangkan serba sedikit mengenainya nanti.

Hassan al Banna dilahirkan di Mesir pada tahun 1906.

Sewaktu umurnya 23 tahun beliau bersama beberapa sahabat yang lain telah menubuhkan sebuah jemaah islam yang dikenali sebagai Ikhwanul Muslimin. Ini adalah pada tahun 1928 yaitu 6 tahun setelah khulafa Uthmaniyah tumbang iaitu pada 1922.

Beliau telah lulus dengan cemerlangnya dari Universiti Darul Ulum , Kaherah dan seterusnya bertugas sebagai seorang guru bahasa Arab.


Beliau sering menyibukkan diri dalam urusan ummah hingga jarang berpeluang bersama keluarga di rumah. Namun masa yang ada sedikit pun bersama keluarga tidak dihabiskan melainkan dengan penuh kualiti.



Untuk setiap anaknya disediakan satu fail khas bagi perkembangan kesihatan dan peribadi mereka.


Malah pernah diminta kepada salah seorang sahabatnya untuk mengintip samada anaknya cukup atau tidak bekalannya di sekolah.

dakwahnya yang terbit dari kerisauannya pada ummah ini pula tidak seperti kebiasaan ulama lain. Beliau tidak hanya menumpu dakwahnya di surau namun beliau turut pergi ke kedai kopi dan tempat umum bagi menyampaikan dakwahnya. Ternyata cara ini lebih berkesan kerana setelah itu ramai dikalangan pendengarnya itu yang berubah dan menjadi pendokong pada jemaah ikhwanul muslimin setelah itu.

Hasrat dan cita-cita pemuda yang bernama Hassan al Banna di waktu itu sangat hebat kerana beliau dianugerahkan Tuhan untuk menyedari kejahilan ummat islam dan seterusnya menjumpai solusinya.

Berpandukan sinaran al quran dan hadis ,  gerakan ini dipandu hingga akhirnya seluruh Mesir menerima cahayanya. Bahkan tak lama selepas itu satu dunia juga mendapat tempias gerakan ini yang disifatkan sebagai pencetus kebangkitan islam di seluruh dunia.

Di rata-rata dunia umat yang sebelumnya hina kerana menurut barat dalam segala macam perkara kini menjadi mulia setelah menjadikan Quran dan hadis panduan hidup mereka.

Namun, kebangkitan islam ini dihidu oleh musuh-musuh islam dikalangan yahudi dan sekutunya termasuklah Amerika Syarikat.

Pembantaian dan penyiksaan golongan yang berkecimpung dalam jemaah ini menjadi fenomena biasa para pemerintah zalim Mesir pada tahun 50an hingga hari ini.


Maka bertambah ramai digiring ke penjara, diseksa bertahun lamanya hingga tidak sedikit yang terkorban.


Namun ini semua menjadikan ikhwanul muslimin bertambah matang dalam berpolitik dan lebih kuat menghadapi golongan taghut ini.

Pada tahun 1949 akhirnya sang murabbi al ustaz hassan al banna menemui kesyahidannya setelah ditembak  dengan beberapa das tembakan dalam satu perancangan musuh.

Jenazahnya dihantar pulang ke keluarganya dan tidak dibenarkan sesiapa selain keluarganya sahaja untuk menguruskan jenazahnya hatta mengebumikannya.

Namun sang syahid ini tidak meninggalkan dunia fana ini dengan begitu sahaja.

Umurnya yang singkat itu yakni 43 tahun digunakan sepenuhnya demi melihat Islam dijulang tinggi semula ke tempatnya.

Sungguh rugi andai peribadi cetakan quran seperti hassan al banna ini tidak dikenali jauh sekali dicontohi pemuda hari ini.

Berikut merupakan senarai pemimpin ikhwan muslimin setelah pemergian hassan al banna.


Konklusi

Tidak sesuai untuk ku ceritakan segalanya di sini kerana ia sangat panjang. Cukup sekadar pengenalan kepada Hasan Al Banna serta sedikit mengenai jemaah Ikhwanul Muslimin.

Kita harapkan agar peribadi seperti beliau dapat dicontohi generasi pada hari ini.

Usahlah kita harapkan orang lain sebelum diri sendiri yang berusaha ke arah itu.

wallahualam.

No comments:

Post a Comment