Friday, February 25, 2011

bengkel penulisan Fatimah Syarha

Alhamdulillah sungguh apa yang dapat menghilangkan rasa bimbang, gusar sedih adalah apabila hati itu dalam mengingati Allah.

"....Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimmanan, dan menjadikan (iman) itu indah dalam hatimu, serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus."

al hujurat ayat 7

apakah yang lebih indah di dunia ini selain dipertemukan dengan orang beriman yang benar-benar menjadikan dunia ini sebagai persinggahan dan akhirat itu destinasinya.

sebentar tadi aku mendengar Ustazah Fatimah Syarha memberi tips bagaimana menjadi penulis yang baik melalui bengkel penulisannya. Beliau menekankan peri pentingnya menetapkan tujuan sebelum menulis.

Tujuan untuk kita sebagai hamba Allah adalah apa yang disuruh Allah kita lakukan dan segala yang dilarangnya kita tinggalkan. apa sahaja yang kita buat di muka bumi ini adalah dalam rangka mengharap ia sebagai ibadah yang diterima Allah.

Bagaimana penulisan juga begitulah.

Kita jadikan allah matlamat, tulisan itu mengharapkan pembaca mampu membetulkan akhlak, ibadah dan akidah mereka.

Kita menulis untuk sama-sama menyeru ke arah Allah.

kita jadi dai'illallah bukannya dai'ilaina ( menyeru ke arah kami)

namun kadangkala minat kita turun , maka perlunya kita kepada motivasi, kemahiran dan akhlak. Motivasi bagi seorang penulis islam tatkala merasai jemu ialah Allah.

Alah sentiasa ada!
bilamana kita lemah Allah tidak pernah lemah
bilamana kita ingin putus asa Allah tak pernah putus asa


ramai juga yang menulis tanpa matlamat yang jelas.

oleh itu perlunya kepada kefahaman. Kefahaman apa yang dimaksudkan?

Kefahaman islam yang sebenar.


Ada 4 tahap dalam menhasilkan penulisan
Pertama cetusan idea. ini dapat diambil melalui pemerhatian masyarakat sekeliling, banyak membaca, ikut isu terkini di akhbar,menjadi pendengar yang setia dan banyak lagi.

Kedua , maping iaitu sediakan watak utama ,antagonis dan sampingan. Kemudian tetapkan latar yakni suasana di waktu itu secara tabur(bukannya menerangkan latar secara total di satu perenggan dan tidak menyebutnya langsung di perenggan seterusnya), plot atau jalan cerita dan penutup. Jadikan penutup itu berkesan dan memotivasikan pembaca, juga jadikannya ending yang tidak mudah dijangka.

ketiga adalah menulis

yang terakhir , edit atau menyemak mana kesilapan

Kemudian beliau berkongsi cara untuk penulisan itu dekat di hati pembaca.
beliau sukakan gaya dakwah al quran yakni melalui uswatun hasanah ( pengajaran baik) dan berbentuk cerita.

Juga pastikan matlamat kita jelas ketika menulis. Kita begins with the end in mind. Kita ingin sampaikan mesej kepada pembaca , pengajaran yang boleh diambil. Misalnya objektif kita ingin menyeru pada pengamalan islam secara kaffah(keseluruhan). Dalam penulisan kita, watak yang ditonjolkan sebagai baik itu harus menunjukkan ciri tersebut . Namun jika watak itu walaupun beribadah namun masih tidak meninggalkan tabiat merokoknya maka dia itu tidak patutlah digambarkan telah mengamalkan islam secara kaffah disebabkan dirinya yang masih merokok itu.

Kata beliau kita ini setelah menyertai bengkel ini ibarat kereta yang baru dibaiki , maka jadilah kami selepas ini seperti kereta yang baik, laju memecut .

Beliau juga banyak menekankan paranan kami sebagai pendakwah begitu penting terutama sekali sebagai seorang bakal doktor. katanya memang sangat dikehendaki untuk kami tirut menyibukkan diri dalam berdakwah.

Beliau turut menyarankan agar kami melihat sesuatu dengan pandangan dakwah. beliau turut berkongsi perihal lalang yang dilihat sesuatu yang merimaskan mata. Namun lalang itu apabila bertiup ke sana sini ibarat seorang yang tetap dengan originnya malah fleksibel. apabila dilalui kawasan berlalang akan rasa gatal persis kehadiran seseorang yang sering memberi kesan kepada orang lain di sekitarnya. Juga pabila dicantas tidak putus asa untuk tumbuh semula.

itulah sedikit sebanyak perkongsian yang kudapat selama 3 jam bersama beliau.

Tuesday, February 15, 2011

hidup menuntut fikir

Apapun kalau wujudnya di dunia ini segalanya akan lenyap. Mobilmu, rumahmu, duit JPAmu, jawatanmu, bidang yang kau ceburi, segala-galanya.

Hidup jika satu hari kau pasti akan mati adakah ini sia-sia namanya. Apa yang engkau usahakan, engkau kejarkan, engkau buat maka kesudahannya adalah dirimu akan ditanam beberapa meter dalam tanah.

Maka di sinilah nampaknya penting untuk berfikir sejenak untuk apa kita diciptakan di dunia ini.

Maka oleh itu juga Allah swt berfirman ,

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan.Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui " 30:64

Kita ini sebaik sahaja faham akan hakikat sementaranya dunia dan satu hari nanti pasti mati akan bertanya what should i do ?

Bagi setiap yang mengakui muslim akan temui jawapan oleh Sang Pencipta Agung , Allah dalam quran.

Allah berfirman ,

" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan mereka beribadah kepadaku " 51:64

Ibadah itu adalah segala amalan baik dilakukan demi keredhaan Allah. maka dengarlah apa Rasulullah saw katakan mengenai antara golongan yang diterima Allah solatnya,

" ..dan ia tidak mengharapkan anugerah dari salatnya kerana sebagai hambaKu..."
(sahih al bukhari)

Sebagai seorang pekerja , layakkah kita mengendahkan apa yang disuruh majikan terutamanya majikan itu baik dan jujur orangnya . Maka Allah tidak pernah melupakan kita bahkan sebanyak mana dosa seseorang itu jika dia bertaubat maka Allah maha menerima taubat kecuali syirik.

Apabila kita susah siapa yang mendengar kita kalau bukan Dia..

" Bukankah dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya, dan menghilangkan kesusahan..." 27:62

Juga sebagai seorang khalifah seperti yang Allah rekodkan dalam surah al baqarah ayat 30, peranan sebagai khalifah.

Maka setelah kenal akan tanggungjawab sebagai seorang hamba allah dan khalifahNya maka akan berbezalah hidupnya dengan golongan yahudi , nasrani, freethinker dan agama lainnya di bumi.

" dan kami tidak mengutusmu kacuali sebagai rahmat sekalian alam " al anbiya ; 107

Iman itu hidup dan terpancar melalui perbuatannya. tatkala masyarakat asyik berhibur , didodoi nikmatnya duniawi, dia mula memainkan peranannya untuk berdakwah. Dakwah itulah sunnah terbesar rasulullah saw.

maka kehidupannya sementara , ya dia sedar akan hal itu.

Oleh itu dia cuba sedaya upaya mengisi setiap juzu kahidupannya agar menepati apa yang Allah suruh dan terhindar dari segala yang dilarangNya.

maka hidupnya ini bukanlah matlamatnya namun hanyalah sarana atau jalan menuju
' kehidupan ' yang sebenar.

Oleh itu sebagaimana yang tertulis dalam quran akan janji manis tersedia bagi mereka yang berjaya ke syurga. siapakah mereka itu wahai pembaca yang tercinta.

" Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari
(keinginan) hawa nafsunya, maka sungguh syurgalah tempat tinggal(nya)" 79:40-41.

Maka tidak layaklah dibiarkan sahaja masa di dunia ini kosong dari berkhidmat kepadaNya secara total. Marilah sama-sama kita menyahut seruan Rasulullah saw ,ulama dan penyambung risalah ini untuk menyeru kehidupan berlandaskan syara' .

Saturday, January 29, 2011

Beginikah medik yang bakal kulalui?

Alhamdulillah hari ini saya telah mengikuti diskussi ilmiah anjuran EMI(Exco Modal Insan)yang bertempat di Selayang. Ahli jemputan adalah Ustaz Pahrol Muhammad Juoi yang juga merupakan pengarah editor majalah Solusi. Seawal jam 9 program bermula.Diselangi beberapa tayangan pihak penganjur dan juga Ustaz Pahrol sendiri. Ustaz telah menyentuh dengan penuh lanjut mengenai mukmin profesional, apa ertinya dan bagaimana kita boleh mengaplikasikan dalam kehidupan harian.

Nadanya yang bersahaja dan sesekali naik ketika membicarakan isu tarbiah dan perjuangan menyebabkan kami tidak sedikitpun terfikir untuk melelapkan mata.

Ditojolkan bagamana Rasulullah saw sebagai role model telah menjadi ikon kepada kejujuran.

Bagaimana peniaga zaman kini telah menggelarkan perniagaan Nabi yakni yang dilaksanakan dengan kejujuran banyak mendatangkan kerugian akibat ditipu. Namun Rasulullah pada masa yang sama juga seorang yang bijaksana.Inilah sebabnya Baginda tidak pernah ditipu walaupun dalam kejujuran.

Sesi diskussi akhirnya mendekati penghujungnya dimana peserta yang ingin bertanya diberi kesempatan. Yang menariknya adalah satu perkongsian seorang peserta muslimat bernama Kak Izzah yang merupakan pelajar penerima Anugerah Diraja pada tahun lepas
(year5) , kini sebagai HO(Houseman ship) di hospital Klang. Betapa sibuknya dan tidak seronoknya perasaannya tatkala menjalankan kehidupan sebagai MO. Nadanya yang memang menggambarkan seseorang yang telah letih benar cukup membuatkan kami persoalkan diri kami, adakah kami bersedia untuk mengharungi kehidupan seperti itu kelak.


Respondan peserta seterusnya juga berbentuk perkongsian. Muslimah ini pelajar tahun 5 (terakhir) fakulti perubatan UiTM . Dikongsinya betapa nikmatnya menjadi seorang yang memberi dalam Islam yakni pendakwah. Bagaimana nikmatnya dijadikan sebagai seorang Muslim yang faham peranannya . Adakalanya dia melihat kawannya yang sanggup meninggalkan solat semata-mata ingin meneruskan kerja. Begitu lemah sekali imannya!.
Turut diceritakannya bagaimana seorang pesakit cina bukan islam menulis di dalam bukunya gunakan tulisan Jawi. Dan apabila ditanya kepadanya pendapat berhubung wanita muslimah dikatakannya dia sering memalingkan pandangan kerana takut pada zina mata. Masyaallah, begitu sekali hebatnya dan benar-benar membuatkan kami muslimin dan muslimat terasa malu apabila ingin dibandingkan dengan diri masing-masing. Tangisan dan sedu kakak ini sewaktu menggambarkan nikmatnya menjadi seorang Muslim benar-benar menyentuh hati kami.

Kemudian majlis ditutup dengan kesimpulan oleh Ustaz sendiri. Pertama dipesannya agar jangan sesekali tinggal solat dan solat itu bukan sekadar hardware malah juga software(khusyu).Kemudian ditekankan betapa pentingnya membanyakkan membaca. Juga diberi peringatan berkaitan gejala ber'couple' yang sudah menjadi budaya sedangkan perkara itu dilarang Allah.

Kami kemudian dijemput menjamu selera di cafe.

Sempat kubertemu abang Yusuf yang berkongsi bagaimana sewaktu tahun pertamanya telah menjalankan aktiviti dikenali Taklim. Aktiviti seminggu sekali ini melibatkan seluruh pelajar lelaki tahun 1 untuk berkumpul di salah satu bilik mereka.

Aktiviti inilah memberi kesempatan untuk masing-masing meluahkan masalah berkaitan pembelajaran dan sebagainya.Turut menjadi rutin setiap perjumpaan diisi sedikit tazkirah oleh sama ada ahli yang bertugas atau sesiapa saja. Diakhiri majlis itu pula dengan sedikit jamuan. Sungguh ternyata itu mampu mendekatkan hubungan dikalangan mereka. Namun budaya itu mula terhenti sewaktu tahun lepas dan kini menjadi tanggungjawab kami bersama menhghidupkannya semula.

wallahualam.

Thursday, January 13, 2011

Unites for the same mission

Nowdays seldomly we see our brothers and sisters practising the Islamic way of live, the keeping of aurah, The handling of tounge , the respecting and love towards others , and the unity in doing goodness.

Most seems to take it for granted for not helping the needy and poor. They put the burden on others .They continue to live within the society that have the habit of ignorance towards other Muslims. Some even ask the need of boycotting Israeli"s goods as they assume it does not contribute much.
As we can observe these degrading of moral among them especially the youngsters are we just going to blame them and do nothing?.

There came a time when we felt encouraged to do something about it( this problem) especially after coming back from a 4 hour usrah or any majlis ilmu. Then we would be showing our best example in any act as a Muslim. We became more aware of what we hear about other Muslims around the world. We felt it to be our responsible to make some change.

But sometimes we can come across people of the same mission as us i.e to spread the deen of Allah , but not in any way ready to work along us. Some even talk bad of us when actually what we want is also what they want which is to make sure every one become a Mukmin and realize their purpose to be creared in this world.

This problem is more obvious especially in some univerties in Malaysia. There exist many small groups each strive to increase their member. But what actually is the main target is to obtain the pleasure of Allah and to let the world take Islam as their rules.Because only by implementing the creator's law would this world become a happy and more secure place to live in.

So lets strive our best and be among those that really treat others like how we tret ourselves so that no conflict arises among us and together we can achive that mission which is Allah's pleasure and a better life.

Thursday, December 9, 2010

Manfaatkanlah cutimu

"Percutian yang bermakna tidak harus terlalu bergantung kepada di mana kita bercuti dan apa yang ada di situ. Utamakan dengan siapa anda bercuti dan apa yang anda lakukan bersama mereka."

Kata kata ini dipetik dari blog Saifulislam.com pendakwah yang telah Allah s.w.t berikan keupayaan untuk terus menerus menghasilkan artikal yang bermanfaat .

Inginku gubah sedikit ayatnya. Cubalah hayati;

"Percutian yang bermakna tidak harus terlalu bergantung kepada berapa lama kita bercuti. Utamakan dengan siapa anda bercuti dan apa yang anda lakukan bersama mereka."

Sungguh boleh dibilang berapa hari yang akan kucuti dalam tahun tahun akan datang. Hanyalah masa yang kualiti sahaja mampu mengubatinya. Insyaalllah...

Wednesday, December 8, 2010

Mahu jadi Superhero

"Tetapi saya ini ada kecenderungan menjadi luar dari biasa"

Inilah sekali lagi kata-kata Akh Hilal Asyraf dalam mengekspresikan dirinya.
terdiam sebentar. Betapa cantik ayat ini diutarakan terutama oleh seorang yang benar benar mempraktikkannya. sungguh luar biasa bukan.

tidak hairan lagi mengapa artikelnya sering mengenai perkara yang penting dalam kehidupan malah mengejutkan aku betapa kata kata dalam artikalnya ini hasil coretan kefahamannya, seorang anak muda berumur 21 tahun. Semoga Allah memberinya kekuatan untuk terus memperuntukkan dirinya dalam menyebarkan dan menyampailkan ayat ayat cinta Allah di kalangan masyarakat.

Sungguh tidak rugi bagi kita untuk cuba menjadi sepertinya. Tidak mustahil bukan .

Adakah kecenderungan menjadi luar biasa wujud dalam diri kita.

Luar biasa ini bukanlah bermana kelebihan menukar diri secara terus kepada superhero seperti dalam watak spiderman atau batman. Malah transformasinya lebih hebat dari itu. Tidak perlu tukar pakaian seperti hero tadi tapi yang penting untuk ditukar di sini ialah hati dan akhlak.

Sucikanlah hati, indahkanlah akhlak peribadi dengan mengingat padaNya, selalu membaca Quran menghayati mesej yang dibawa, hafal beberapa hadis agar menjadi benteng dalam suasana cemas. Ini hanyalah sedikit transformasi agar dapat jadi seorang "superhero" yang kemudiannya memainkan peranan dalam masyarakat.

Malah peranan yang dimainkan oleh " superhero" ini lebih besar dari superman dan batman yang sekadar menyelamatkan manusia di dunia . Ini kerana secara tidak langsung menyelamatkan masyarakat dari balasan akhirat kelak sekaligus menyelamatkannya dari menjadi mangsa dunia.

bukankah indah begitu.

Hero kita ini juga tidaklah terkenal malah tidak ramai yang mengenalinya. Namun siapa yang tidak kenal orang orang yang telah diselamatkannya kini menjadi manusia luarbiasa pula sepertinya. Masyarakat lain melihat masyarakatnya seolah berubah kepada kehidupan yang harmoni saling mempercayai satu sama lain. Namun hero tadi tetap tidak dikenalinya siapakah dia kerana matlamatnya bukanlah menjadi terkenal.

Cukup, cukup sekadar melihat tanggungjawabnya yang akan disoal di akhirat kelak bisa dijawabnya dengan senyuman di hadapan Si Pencipta Agung sebagaimana dalam surah Al A'raf ayat 164 .

Bukan sekadar itu, kini tanggungjawabnya berjalan dan tidak akan berhenti selagi mana denyutnya masih berjalan .

Indah bukan , menjadi insan luarbiasa yang menjadikan hidupnya sebagai jalan dan bukannya matlamat.

Semoga kita juga dapat menjadi insan luarbiasa yang tidak jemu membaiki dan mengislahkan diri agar kelak dipilih Allah bersama golongan yang memasuki syurgaNya. Moga, moga Insyaallah...

Tarbiyah yang menggubah diriku

“Tarbiyah ini melahirkan pemimpin. Bukan pengikut.”

Ini kupetik dari kata-kata Hilal Asyraf, penulis muda yang kusanjung yang telah mendengarnya dari seorang gurunya Rosdi Baharom.

Seharusnya bagi yang sering mengikuti usrah dan tarbiah sedar akan kelebihan ini. Mereka menjadi pemimpin yang sedar tanggungjawab yang harus mereka main tatkala dalam keluarga dan masyarakat.

Prinsip mereka teguh. redha Allah tetap menjadi keutamaan setiap tindakan. sunnah pula menjadi ikutan dalam segenap urusan.

Ibu bapa menjadi yang seterusnya untuk ditumpahkan ketaatan dan kasih sayang.

Tidak ketinggalan ukhwahfillah juga terhadap sesama rakan seperjuangan.

di mana dia pergi seorang itu harus sebagai seorang tentera yang sedia menghadapi apa jua serangan. Bahasa mudahnya dia seorang yang istimewa di kalangan masyarakat .

jikalau dahulunya sering dia meluangkan masa dengan bual kosong, kini setiap bualannya cuba tidak larinya dia dari mengingat pada sang pencipta.

Jikalau dahulunya sering buat tak endah dalam memboikot barangan produk Israel, kini hinggakan sekecil barang yang dibelinya akan dipastikan bukan produk israel.

jikalau dahulunya pergaulannya dengan bukan muhrim seolah adik beradik dan segalanya diluahkan , namun kini akhlak islami menjadi batasnnya agar hanya mengenai perkara yang perlu sahaja.

jikalau dahulunya mengumpat guru itu dan pakcik ini, kini menjadi keutamaan baginya untuk berkata yang baik sahaja jika tidak berdiamlah lebih baik baginya.

Begitulah sedikit dari banyak lagi kebaikan seorang yang telah mengikut tarbiah. Allah dan Rasul sentiasa bersamanya di mana sahaja. Hinggakan orang di sekelilingnya tidak mengendahkan agama dia terus kuat memegang prinsipnya, bak kata orang seperti ikan yang tetap tidak menjadi masin dalam laut yang masin, malah digunakannya setiap medan agar dapat berdakwah kepada masyarakat sekelilingnya.

indahkan begitu?

sebab itulah dia seharusnya menjadi pemimpin bukannya pengikut.

Tidak layak baginya membiarkan fahaman dan ajaran yang bukan atas landasan mendekatiNya menguasai hidupnya. Tidak sesekali akan dia berduduk diam dalam suasana maksiat,dalam suasana melupakan pertemuan denganNya, suasana yang meletakkan islam di bawah berbanding prinsip lain.

tidak, tidak sekadar melihat dan bergoyang kaki bukan perangainya.

Bangkitnya dia menjadi pemimpin pertama sekali terhadap dirinya. disediakan jadual khusus untuk memonitor hubungan ruhinya terhadap Penciptanya setiap minggu. Dipastikan dirinya sentiasa berdamping dengan buku yang mampu meningkatkan kefahamannya berhubung agama yang dipegang ini.

sedikit demi sedikit insyallah tidak mustahil orang sekelilingnya pula akan melihat kelebihan ini seterusnya mendorong mereka pula untuk dekat kepada Pencipta.

Analisa semula diri kita, sejauh mana usrah dan tarbiah yang kita ikut selama ini membawa kita kepada kehidupan yang Allah redha.sama-samalah kita analisa...